Game MMORPG Sword Art Online: Integral Factor akan hadir ke Steam tidak lama lagi. Dilaporkan game tersebut akan dilancarkan secara rasmi di Steam pada 22 Ogos 2023! Jadi inilah peluang anda untuk bermain game ini menggunakan PC masing-masing!
Tentang Sword Art Online: Integral Factor
Dibangunkan oleh ASOBIMO,Inc. SAO: Integral Factor telah dilepaskan pada Mac 2018 pada peranti mobile.
Game terbaru Sword Art Online! Tetapi kali ini, protagonisnya… anda!
Anda muncul dalam RPG dalam talian sebagai ahli Assault Team, bekerja dengan pemain lain yang terperangkap untuk sampai ke tingkat ke-100 Aincrad!

Bagaimana jika anda terperangkap dalam game hidup atau mati?
Anda akan alami pertemuan dengan watak-watak yang dikenali dan berhubung dengan penceritaan asal SAO daripada POV anda sendiri.
Alami kisah di sebalik tabir yang tidak pernah ditayangkan dalam SAO asal, dan kisah yang sangat berlainan! Hayati cerita “what-if” di mana anda mempengaruhi Aincrad!

Battle system
Berjuang melalui Aincrad yang luas dengan pasangan anda Koharu yang terperangkap bersama dalam game hidup dan mati ini.
Anda perlu bekerjasama dengan Assault Team dan lawan bersama-sama untuk mengalahkan raksasa dan quest yang sukar! Hasilkan senjata kuat, gunakan kebolehan dengan pelbagai efek, dan mencari kelemahan setiap musuh dan corak serangan adalah semua kunci untuk kejayaan anda!

Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Game ini juga tersedia di mobile untuk anda mainkan! Untuk mendapatkan berita lain mengenai SAO daripada kami, anda boleh klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post