Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sut Baharu Tom Holland Untuk ‘Spider-Man: Brand New Day’ Didedahkan – Inilah Plot & Barisan Pelakon Yang Kita Tahu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 4, 2025
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Sut Baharu Tom Holland Untuk ‘Spider-Man: Brand New Day’ Didedahkan – Inilah Plot & Barisan Pelakon Yang Kita Tahu!
Share on FacebookShare on Twitter

Rasa teruja terhadap saga Spider-Man di Marvel Cinematic Universe (MCU) semakin membuak-buak selepas sut baharu yang akan dipakai oleh Tom Holland dalam filem Spider-Man: Brand New Day didedahkan secara rasmi!

Pendedahan ini bermula dengan klip teaser berdurasi sembilan saat oleh Sony Pictures pada 1 Ogos 2025, sempena sambutan ulang tahun watak itu. Keesokan harinya, pendedahan penuh dikongsi di media sosial, menunjukkan Holland lengkap dalam kostum tersebut (tanpa topeng) ketika berada di lokasi penggambaran.

Sut baharu ini menampilkan peralihan besar, dengan campuraan rekaan komik klasik dan elemen moden. Warna merah dan birunya kelihatan lebih menyerlah, manakala corak sarang labah-labah yang timbul kembali digunakan, sama seperti sut era Tobey Maguire dan Andrew Garfield.

Perubahan paling ketara ialah ketiadaan teknologi canggih dari Stark Industries, digantikan dengan logo labah-labah hitam yang lebih besar dan klasik di dada. Transformasi ini mencerminkan perjalanan Peter Parker selepas peristiwa No Way Home, di mana dia kini terpaksa berdikari dan menghasilkan peralatannya sendiri.

Kredit: @DiscussingFilm

Dari segi penceritaan, filem solo keempat Spider-Man dalam MCU dan filem kedua dalam Marvel Phase Six ini akan menyambung kisah selepas kesudahan menyedihkan dalam No Way Home. Setelah ingatan semua orang tentang Peter Parker dipadamkan, dia kini hidup keseorangan.

Filem ini menjanjikan sebuah kisah yang lebih peribadi, penuh emosi, dan “grounded”, di mana Peter bergelut untuk memulakan hidup baharu.

Kredit: @DiscussingFilm

Menurut penerbit Amy Pascal, fokus utama cerita ini adalah dilema yang dihadapi Peter untuk mengutamakan tanggungjawabnya sebagai Spider-Man, kerana kehidupan sebagai Peter Parker sudah terlalu menyakitkan selepas kehilangan orang tersayang.

Garis masa filem ini juga disahkan berlaku lebih setahun sebelum peristiwa Avengers: Doomsday, meletakkan kedudukannya dengan jelas dalam kronologi MCU.

Mark Ruffalo will officially return as The Hulk in ‘SPIDER-MAN: BRAND NEW DAY’

(Source: https://t.co/NazUayZkJv) pic.twitter.com/89BKxEOZtm

— DiscussingFilm (@DiscussingFilm) August 1, 2025

Wajah-wajah yang dikenali seperti Zendaya (MJ Jones-Watson) dan Jacob Batalon (Ned Leeds) akan kembali, namun hubungan mereka dengan Peter pastinya berbeza setelah ingatan mereka hilang.

Filem ini juga akan menampilkan penampilan istimewa dari watak MCU lain, dengan Mark Ruffalo disahkan kembali sebagai Bruce Banner/Hulk, manakala Michael Mando sekali lagi akan melakonkan watak Mac Gargan/Scorpion yang masih menyimpan dendam.

🚨BREAKING: Micheal Mando has confirmed his return as Scorpion in #SpiderManBrandNewDay pic.twitter.com/jZcxgMseGX

— Spider-Man: Brand New Day Updates (@spideyupdated) August 3, 2025

Filem ini turut mempunyai kehadiran beberapa pelakon baharu. Jon Bernthal akan membawa watak The Punisher, namun Presiden Marvel Studios Kevin Feige menjelaskan ia adalah versi yang telah diubah suai agar lebih mesra keluarga.

Sadie Sink dan Liza Colón-Zayas juga menyertai filem ini dalam watak yang masih dirahsiakan, mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat bahawa mereka mungkin memegang watak seperti Jean Grey atau ibu Miles Morales, Rio Morales.

The cast of ‘SPIDER-MAN: BRAND NEW DAY’:

• Tom Holland as Peter Parker/Spider-Man
• Zendaya as MJ
• Jacob Batalon as Ned
• Jon Bernthal as Frank Castle/Punisher
• Sadie Sink
• Liza Colón-Zayas

In theaters July 31, 2026. pic.twitter.com/OZdTie9tu5

— Marvel Updates (@marvel_updat3s) July 29, 2025

Bagi watak penjahat, gambar-gambar bocor dari set penggambaran di Glasgow menjadi petunjuk bahawa Mister Negative bakal menjadi musuh utama. Visual sebuah trak perisai dengan logo syaitan merah dipercayai merujuk kepada kumpulan Inner Demons pimpinan Martin Li.

Digabungkan dengan kemunculan semula Scorpion, Spider-Man dijangka berhadapan dengan pelbagai musuh dalam filem ini.

More videos from the stunt #SpiderManBrandNewDay pic.twitter.com/LW0onPjbT7

— Spider-Man: Brand New Day Updates (@spideyupdated) August 3, 2025

Pasukan di sebalik tabir juga tidak kurang hebatnya. Destin Daniel Cretton, pengarah Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, akan mengarahkan filem ini dan menjanjikan “sebuah pengalaman yang belum pernah kita saksikan.”

Skripnya pula ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers, penulis trilogi Spider-Man sebelum ini, bagi menjamin kesinambungan cerita. Komposer ikonik, Michael Giacchino, juga dijangka kembali menggubah muzik untuk filem ini.

Kredit: X

Filem Spider-Man: Brand New Day bakal menemui penonton di pawagam mulai 31 Julai 2026. Tarikh tepat di Malaysia belum diketahui.

Tags: Spider-Man: Brand New Day
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Kami Di Nevermore Academy: Malaysia Campus, Memang Macam Masuk Dunia Wednesday!

Next Post

Honkai: Star Rail Version 3.5 Bakal Tiba 13 Ogos, Memperkenalkan Dua 5-Star Terbaru – Hysilens & Cerydra!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Honkai: Star Rail Version 3.5 Bakal Tiba 13 Ogos, Memperkenalkan Dua 5-Star Terbaru – Hysilens & Cerydra!

Honkai: Star Rail Version 3.5 Bakal Tiba 13 Ogos, Memperkenalkan Dua 5-Star Terbaru - Hysilens & Cerydra!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd