Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Street Fighter 6 Umum DLC Untuk Outfit 3, Akan Keluar 1 Disember!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 22, 2023
in Artikel, Berita, DLC, Fighting, Senarai
0 0
0
Street Fighter 6 Umum DLC Untuk Outfit 3, Akan Keluar 1 Disember!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Capcom secara rasminya telah mengumumkan tarikh keluaran untuk DLC Outfit 3 untuk Street Fighter 6, yang bermaksud penampilan baharu untuk watak-watak utama. Dalam trailer di bawah, mereka mengesahkan bahawa Street Fighter 6 Outfit 3 akan dikeluarkan pada 1 Disember.

Berikut adalah visual semua konsep seni bagi Outfit 3 yang ditunjukkan:

Peminat yang mata tajam mungkin dapat mengenal pasti majoriti Outfit 3 kerana ia sebenarnya daripada ilustrasi dalam game. Sebagai contoh, outfit seperti sut Zangief dan pakaian perkahwinan Marisa sebenarnya telah muncul dalam game sebelum ini. Selain itu, kostum Blanka-chan juga muncul di latar belakang pentas dan dalam World Tour.

Watak DLC Rashid dan AKI belum lagi menerima kostum mereka tetapi Capcom mengesahkan kedua-duanya akan tersedia pada masa yang sama dengan pelancaran Akuma, watak DLC terakhir untuk Season 1.

Kredit: Capcom

Pada masa yang sama, Capcom juga tidak menjelaskan sama ada outfit itu adalah DLC percuma atau tidak dalam Street Fighter 6. Outfit 2 boleh didapati secara percuma melalui mode World Tour, tetapi peminat yang tidak kisah juga boleh membelinya secara langsung.

Sebagai salah satu fighting game terbesar pada tahun ini, ramai yang memuji Street Fighter 6 kerana membawa pelbagai mekanik baru kepada gameplay dan turut memudahkan sistem pembelajaran mekanik bagi pemain baru. Selepas meraih pujian tinggi di kalangan komuniti, tidak hairan lah game ini dicalonkan untuk kategori Best Fighting Game di The Game Awards 2023.

Kredit: Capcom

Sempena itu, Capcom sedang mengadakan promosi khas untuk Street Fighter 6 yang kini dijual dengan diskaun sehingga 34% pada semua platform untuk masa yang terhad!

  • Black Friday Sale di Steam
  • Street Fighter 6 Sale on PlayStation
  • Single’s Day Sale di Steam

Baru-baru ini, gamescom asia 2023 menjadi tuan rumah kepada Singapore Offline Premier dan menyaksikan pemain berkaliber tinggi seperti Daigo, Gachikun dan Tokido turun ke padang untuk bersaing merebut tiket ke Capcom Cup X. Kami sempat menemu bual setiap satu, jadi anda boleh merujuk interview kami untuk info lanjut.

Tags: DLCStreet Fighter 6
ShareTweetSend
Previous Post

Onmyoji Hadir Dengan Acara “Divinity’s Doom”, Bawakan Summon SSR Izanami!

Next Post

‘Dying Light 2 Stay Human’ Ke Alam Medieval Dengan Crossover ‘For Honor’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
‘Dying Light 2 Stay Human’ Ke Alam Medieval Dengan Crossover ‘For Honor’

'Dying Light 2 Stay Human' Ke Alam Medieval Dengan Crossover 'For Honor'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd