Daigo Umehara merupakan salah satu legenda dalam bidang esport dan sehingga hari ini, masih dianggap sebagai pemain Street Fighter terhebat sepanjang zaman.
Kariernya yang panjang dilihat sebagai perkara yang sangat jarang dalam dunia gaming kompetitif dan ini dibuktikan lagi dengan rekod dunianya sebagai “pemain paling berjaya dalam kejohanan utama Street Fighter” untuk Rekod Dunia Guinness dan pernah memenangi Evo Championship Series sebanyak enam kali.
Di gamescom asia 2023, kami sempat berbual dengan Umehara dalam temu ramah di mana kita berbincang tentang jumlah pemain yang semakin meningkat, kariernya sebagai pemain esport, pendapatnya tentang usaha Capcom dan juga nasihat kepada pemain baharu.
Berikut adalah isi kandungan interview:
Rasanya Street Fighter lebih popular sekarang berbanding sebelum ini kerana semakin ramai pemain kasual melihat perlawanan anda dengan Justin Wong terutamanya di EVO 37. Apakah pendapat anda jika memikirkan perlawanan itu?
Daigo Umehara: Perlawanan itu berlaku 20 tahun yang lalu, dan saya tidak begitu ingat tentangnya. Apa yang saya ingat ialah saya sangat fokus, saya tidak perasan semua sorakan yang anda dengar dalam video. Ia memberi impak yang besar kepada kerjaya saya, dan saya sangat berterima kasih untuk perlawanan itu.
Sebagai seseorang yang pernah berada dalam FGC untuk masa yang lama, apakah yang mendorong anda untuk terus bermain?
Daigo Umehara: Motivasi terbesar, sudah tentu, saya sangat suka fighting game. Selain itu, saya mempunyai komuniti yang hebat dan menyokong, dan saya gembira kerana sentiasa mencuba sedaya upaya. Saya sangat bersyukur kerana masih sangat menyukai fighting game.
Saya rasa Asia Tenggara mempunyai komuniti fighting game yang cukup bagus. Adakah ada mana-mana pemain khusus dari rantau ini yang anda berminat untuk berlawan?
Daigo Umehara: Saya tahu banyak tentang Xian, yang mengetuai adegan SEA, dan saya juga tidak sabar untuk melihat bagaimana bidang fighing game berkembang di Filipina. Ia mempunyai populasi yang besar, jadi saya percaya kita akan melihat lebih ramai pemain terkemuka dan pemain pro muncul dari rantau ini.
Untuk pemain baharu, ramai jangka bahawa anda akan tewas dalam kejohanan pertama tetapi kemudian mendapat Top 3 dalam kejohanan seterusnya. Apakah pendapat anda tentang perkembangan sendiri dalam kejohanan kompetitif?
Daigo Umehara: Saya rasa salah satu perkara terbaik tentang saya ialah bagaimana saya bangkit semula. Apabila anda sedang kecewa, saya rasa perkara yang penting adalah untuk tidak berputus asa. Tidak kira apa yang orang lain katakan kepada anda; apa yang paling penting ialah anda sendiri tidak putus asa. Percaya pada diri sendiri adalah mantra terpenting saya, dan ini adalah salah satu yang saya pegang lebih kuat daripada pemain lain, itulah sebabnya saya rasa dapat terus berkembang.
Apakah pendapat anda tentang Vtuber yang menyertai Street FIighter 6 baru-baru ini?
Daigo Umehara: Acara yang menyeronokkan dan kasual seperti ini bertujuan untuk merekrut pemain muda baharu, dan CAPCOM telah berusaha untuk mempromosikan aktiviti ini. Sama ada hololive atau NIJISANJI, saya rasa ini adalah penglibatan pengguna yang sangat berkesan.
Capcom Cup X dengan kolam hadiah USD 1 juta benar-benar memberi inspirasi kepada ramai orang untuk menyertai SF6. Adakah anda genbira melihat ramai orang menyertai Street Fighter secara kompetitif?
Daigo Umehara: Sudah tentu, saya suka. Apa yang paling saya nantikan adalah untuk berhadapan dengan pemain yang sangat kuat. Orang mungkin datang ke sini untuk mendapatkan hadiah, tetapi saya okay dengan hal itu. Cuma, saya lebih mementingkan apa yang saya dapat daripada melawan pemain yang lebih kuat.
Disebabkan ramai pemain menggunakan Modern Control, ia memerlukan anda berlatih untuk melawan watak yang sama dua kali. Satu untuk Modern, satu untuk Classic. Adakah itu mempengaruhi latihan anda?
Daigo Umehara: Di Jepun, kira-kira 90% daripada pemain pro masih menggunakan classic control. Ada sesetengah yang mungkin menggunakan kedua-duanya bergantung pada watak. Luke dan Marisa adalah dua watak yang lebih sesuai untuk kedua-dua jenis kawalan, tetapi pemain selebihnya masih kepada classic control.
Apa-apa mesej akhir yang ingin dikongsikan kepada orang ramai?
Daigo Umehara: Saya sudah lama tidak datang ke Singapura. Ini adalah tempat yang sangat selesa, walaupun bukan untuk pertandingan. Saya berharap dapat kembali ke sini lagi untuk bercuti. Saya akan cuba yang terbaik dalam pertandingan, dan berharap semua orang akan menyokong saya.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Daigo Umehara kerana sudi menjawab soalan kami dan juga kepada CAPCOM kerana mengatur temu bual istimewa ini.
Untuk membaca segala liputan kami tentang game Street Fighter, sila tekan pautan ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post