Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Streamer mereplikasikan Yu-Gi-Oh di dunia sebenar, ada Blue Eyes White Dragon!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 2, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Game, Kad Strategi
0 0
0
Streamer mereplikasikan Yu-Gi-Oh di dunia sebenar, ada Blue Eyes White Dragon!

Sumber: SuperZouloux

Share on FacebookShare on Twitter

Streamer daripada France, Superzouloux, telah mencipta arena pertempuran 3D Yu-Gi-Oh di dalam rumahnya sendiri. Rakaman arena tersebut telah dikongsi menerusi Twitter Jake Lucky. Klip itu juga menunjukkan cara arena itu berfungsi dan kemunculan model 3D melalui kamera sebaik sahaja kad diletakkan. Ianya sama seperti di dalam game Yu-Gi-Oh! Master Duel dan bukan setakat itu sahaja.

Superzouloux juga telah memprogramkan kamera untuk menukar perspektif sebaik sahaja kad dimainkan. Ini telah mencipta pengalaman hands-free untuk streamer tersebut, seperti yang ditunjukkan dalam rakaman.

Selain itu, dia telah mendedahkan menerusi video Youtubenya bahawa dia telah mengusahakan projek ini selama 7 bulan. Dia juga menunjukkan proses dalam mencipta sistem ini termasuk usahanya membuat model 3D untuk kad monster dan bahagian elektronik yang lain.

Korang boleh tonton rakaman arena lawan 3D Yu-Gi-Oh Superzouloux di bawah. Video ini telah menyediakan sari kata, jadi penonton boleh membaca tentang bagaimana proses sistem ini dilakukan dan bagaimana ia berfungsi.

French streamer @Superzouloux has done something actually insane. Fulfilling his childhood dream of making a real 3D Yu-Gi-Oh battle possible

It took him 7 months to complete and it's incredible pic.twitter.com/ePvtDCtm7q

— Jake Lucky (@JakeSucky) October 31, 2022

Korang juga boleh tonton video penuh seluruh proses Superzouloux dalam mencipta arena lawan ini di bawah:

Bagi siapa yang rasa susah untuk ikut cipta arena lawan 3D seperti streamer Superzouloux, jangan risau kerana Konami telah mengeluarkan pelbagai game Yu-Gi-Oh termasuk yang saya sebut, Yu-Gi-Oh! Master Duel yang kini tersedia secara percuma untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, platform mobile dan PC melalui Steam.

Untuk pengetahuan korang Yu-Gi-Oh! dicipta oleh mendiang Kazuki Takahashi yang dilancarkan dalam Shonen Jump pada tahun 1996. Konami menerbitkan game kad Yu-Gi-Oh! di Jepun pada tahun 1998 tetapi tidak dapat dipasarkan di Amerika sehingga Upper Deck mendapat hak pemasaran pada awal tahun 2002. Game ini kini telah menjadi fenomena antarabangsa dan menjadi terkenal sehingga kini. Korang boleh baca kisah Kazuki Takahashi di sini.

Apa pendapat korang tentang arena lawan 3D yang dicipta oleh Superzouloux ini, adakah ianya sesuatu yang menarik atau tidak? Boleh beri pendapat korang di ruangan komen di bawah. Untuk banyak lagi liputan menarik tentang game, anime dan banyak lagi, ikuti Gamer Santai.

Tags: SuperzoulouxYu-Gi-Oh! Master Duelyugioh
Previous Post

Gudetama : An Eggcellent Adventure Dedahkan Key Art Serta Pelakon Suara Protagonis!

Next Post

Gamer’s Hideout mengadakan God of War Ragnarok Launch Event di Sunway Pyramid, bermula 8 Nov!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Gamer’s Hideout mengadakan God of War Ragnarok Launch Event di Sunway Pyramid, bermula 8 Nov!

Gamer’s Hideout mengadakan God of War Ragnarok Launch Event di Sunway Pyramid, bermula 8 Nov!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd