Pada bulan Disember lepas ketika The Game Awards, pembangun game BonusXP telah bekerjasama dengan Netflix bersempena dengan musim ke-3 Stranger Things dengan mengumumkan Stranger Things 3: The Game. Ketika itu ia tidak diumumkan akan berada di platform mudah alih. Tetapi, pada 29 Ogos lalu peminat Stranger Things, ianya telahpun dikeluarkan pada App Store iOS dan Google Play Store untuk Android dengan harga USD$4.99.
Terdapat beberapa kelainan game ini jika dibandingkan dengan game asalnya iaitu Stranger Things: The Game. Jika sebelum ini ia sangat dipengaruhi unsur-unsur dari Zelda, kali ini ia membawakan pengalaman yang lebih berorientasikan aksi-isometrik; hampir kepada beat ’em up. Peminat game asal mungkin tidak akan jatuh cinta kepada keluaran terbaru ini serta-merta kerana ia adalah 2 mekanisma yang berbeza.
Namun, dijangkakan kepada peminat yang yang menyukai siri Stranger Things; tentu akan menyukai kedua-duanya. Perlu diingatkan bahawa game terkini ini tidak lagi percuma seperti siri sebelumnya.
Juga setakat waktu penulisan, pencarian “Stranger Things 3: The Game” menerusi App Store Malaysia tidak menunjukkan bahawa game ini sudah di terbitkan disini.
Sumber: toucharcade
@gamersantaimy
Discussion about this post