Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin akan melepaskan DLC terbaru tidak lama lagi. Bertajuk “Different Future”, pemain akan dapat bermain kandungan terbaru yang akan membawa anda ke sebuah lagi cabaran. DLC ini akan tersedia untuk semua pemilik Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin pada 27 Januari 2023.
Berita baiknya, DLC “Different Future” boleh didapatkan secara percuma buat pemilik game asal yang membeli Season Pass. Ini termasuklah misi lain seperti “Trials of the Dragon King” dan “Wanderer of the Rift“. Berikut adalah penerangan ringkas untuk “Different Future” oleh Square Enix:
Dibimbing oleh semangat moogle, Jack dan rakannya telah tiba di sebuah bandar dalam masa dan ruang yang berbeza.
Lufenian memanggil tempat ini Central, dan dari sini mereka memantau pelbagai dunia dan dimensi. Namun untuk semua kuasa dan kemegahan kota metropolis ini, ia hanya memerlukan khayalan gila seorang Lufenian untuk membawa semuanya kepada kehancuran.
Jack melangkah jauh ke tengah-tengah bandar hantu ini untuk memecahkan belenggu raksasa karma untuk selama-lamanya.
Gameplay Stranger of Paradise memang iras-iras genre soulslike, di mana kita boleh mengumpul pelbagai jenis loot dan gear serta beberapa elemen Job System ikonik milik francais Final Fantasy. Bukan itu sahaja, game ini boleh dimainkan secara multiplayer yang merupakan tambahan bagus.
Buat sesiapa yang tertarik, Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store. Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post