Korang yang tengah excited cuti tahun baru cina ni, mesti korang tengah pikir, ada tak game yang korang boleh main sementara cuti ni dan ikut bajet korang? Well, yeah aku tunjuk 4 game yang tengah murah kat Steam sekarang!
1. Batman™: Arkham Knight (RM.9.50)
Batman Arkham Knight yang ramai kata PC Port yang teruk, sekarang masalah itu sudah di selesaikan, korang sekarang ni boleh enjoy game Batman yang ramai orang kata, terbaik dalam siri Arkham!
2.Sniper Elite 4. (RM21.00)
Sniper Elite 4 adalah satu game yang memerlukan konsentrasi yang tinggi kerana korang perlukan apa yang kebolehan korang untuk bunuh musuh dengan sniper dengan jarak yang jauh dan tepat!
3. Far Cry 5 (RM52)
Untuk pengetahuan korang, Far Cry 5 adalah satu game yang mempunyai simbolik di Amerika Syarikat, Game ni yang mendapat perhatian orang dengan gameplay yang bagus dan environment yang seronok dan bijak!
4. Dark Souls III (RM42)
Dark Souls III adalah game yang ramai orang boleh kata, susah, sakit hati, bengang dan enjoy lepas habis satu boss fight (Macam life aku kat kolej), tetapi game ni memberi cabaran yang tak ramai yang boleh handle game ni.
@gamersantaimy
Discussion about this post