Fuuhhh Steam Sale kali ni memang kaw kaw. Sangat berbaloi-baloi orang kata. Durasi Steam Sale kali ni adalah dari 2 Mac sehingga 15 Mac. Jadi, moh kite lihat apa steam sale yang best kali ni.
Macam kite tahu, bile sebut je Square Enix, konfirm siri Final Fantasy akan menjadi sebutan, baik yang baru, atau yang lama. Aku akan buat beberapa highlight untuk game yang korang patut cuba dan patut beli.
Life is Strange : Before the Storm
Life is Strange : Before the Storm merupakan game yang menceritakan pasal Chloe Price, yang memberontak dan menjalinkan hubungan dengan Rachel Amber.
Harga Asal : MYR 54.00 Harga Diskaun : MYR 31.32
Final Fantasy X / X – 2 HD Remaster
Final Fantasy X / X – 2 HD Remaster pula merupakan salah satu benchmark untuk Square Enix di Steam, mempunyai gameplay yang menarik, dan cerita yang sangat menarik. Nak tahu lebih?
Harga Asal : MYR 56.00 Harga Diskaun : MYR 28.00
The Last Remnant
The Last Remnant merupakan satu game yang underrated sebab tak ramai orang tahu, tapi penceritaan dan gameplay dia yang sangat menarik. JRPG yang lain dari yang lain. Korang boleh cuba sendiri lah ye.
Harga Asal : MYR 22.00 Harga Diskaun : MYR 11.49
Front Mission Evolved
Front Mission Evolved akan jadikan korang pilot robot yang dipanggil sebagai wanzer dan berperang dengan wanzer yang lain. kepada sesiapa yang rasa macam nak jadi pilot tapi tak dapat, boleh la cuba game ni.
Harga Asal : MYR 23.00 Harga Diskaun : MYR 11.50
NieR:Automata
NieR:Automata game ni baru je keluar tapi merupakan box office dan kejayaan bagi Square Enix. Gameplay yang berubah-ubah menjadikan game ni sangat menarik.
Harga Asal : MYR 249.00 Harga Diskaun : MYR 124.50
Jadi, masih ada masa lagi untuk korang pergi ke steam, dan rembat semua sale ni. Tersangat la berbaloi, lagi-lagi kepada mereka yang baru sahaja ingin menjinakkan diri dalam dunia JRPG. So, apa tunggu lagi, lambat nanti menyesal.
@gamersantaimy
Discussion about this post