Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Mengalami Glitch Menyebabkan Game Berbayar Ini Tidak Sengaja Jadi Percuma

Nani kore?

Wakambing by Wakambing
May 14, 2019
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Steam Mengalami Glitch Menyebabkan Game Berbayar Ini Tidak Sengaja Jadi Percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, sebuah novel visual yang dipanggil Glare1more melonjak dari jumlah purata pemain 0.8 sehingga mencapai 34,469 pemain serentak. Game ini mempunyai trading card Steam, dan ia adalah percuma buat masa yang singkat ketika itu, jadi ramai pemain (dan bots) cuba untuk mendapatkan kad yang diharapkan. Masalah untuk pemaju game ini adalah, ia tidak pernah bertujuan untuk menghasilkan game itu secara percuma.

Apa yang berlaku sebaliknya adalah, terdapat gangguan glitch di Steam – yang membolehkan pemain mengambil salinan percuma game Glare1more dengan mengklik satu butang pada halaman SteamDB.

Perkara yang sama berlaku dengan tajuk RPG Fantasya Final Definitiva REMAKE, dan pemajunya mencatatkan lebih 175,000 salinan permainan “diaktifkan secara haram.”

YouTuber SidAlpha mengkaji dengan lebih mendalam di forum Steamworks untuk memahami apa yang berlaku dengan pemaju mengenai kejadian itu. Nampaknya, masalah yang terjadi adalah dengan perubahan pakej permainan percuma menjadi berbayar. Kedua-dua permainan yang disebutkan di atas mempunyai versi percuma – satu boleh didapati untuk program kafe PC, dan yang lain mempunyai demo percuma. Untuk kedua-dua kes ini, API (Application programming interface) SteamDB menggunakan pautan percuma ke versi berbayar permainan, dan nampaknya masalah ini telah menjejaskan berpuluh-puluh pemaju kecil yang lain. Terdapat bebenang pada SteamGifts yang menunjukkan beberapa banyak tajuk terjejas, walaupun sebahagian besar gangguan telah pun dibaiki pada masa ini.

Glare1more di Steam

Walaupun dalam kebanyakan kes, permainan percuma ini boleh ditarik balik sepenuhnya dari library pengguna yang mengambil kesempatan, ia akan terdapat kesan yang berkekalan pada sistem trading card. Buat masa ini, Valve masih tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung kes ini. Namun, seperti yang kita tahu Glare1more masih berada di Steam, dan ya, ia adalah berbayar.

Sumber: Steam

Tags: glare1moreGlitchPercumasteam
Previous Post

Community Apex Legends mahukan ‘HONOR SYSTEM’ untuk pemain yang berkelakuan bagus.

Next Post

Pengganti PUBG Mobile, Game For Peace Menghasilkan RM58.28 Juta Dalam Tempoh 72 Jam Keluarannya

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Pengganti PUBG Mobile, Game For Peace Menghasilkan RM58.28 Juta Dalam Tempoh 72 Jam Keluarannya

Pengganti PUBG Mobile, Game For Peace Menghasilkan RM58.28 Juta Dalam Tempoh 72 Jam Keluarannya

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd