Steam Controller, yang dilancarkan pada 4 Mei lalu, telah kehabisan stok di seluruh dunia selepas disapu “licin” oleh pembeli dalam tempoh kurang daripada 30 minit.

Sebagai gamepad terbaharu daripada Valve, peranti ini hanya dijual secara eksklusif melalui Steam Store bagi pasaran tertentu seperti Amerika Syarikat dan Eropah sahaja.
Memandangkan Valve tidak melakukan penghantaran secara terus ke Malaysia, peminat tempatan biasanya perlu menunggu kedai seperti Impulse Gaming, Gamer’s Hideout, atau penjual di Shopee untuk membawa masuk unit import dari luar negara.

Namun, ketiadaan stok global telah memberi peluang kepada golongan scalper untuk mula membanjiri laman eBay. Walaupun harga asal alat kawalan ini hanyalah $99 USD (sekitar RM392+), kini ia disenaraikan pada harga melampau mencecah $250 USD (lebih RM990+).

Scalper ini pun sebenarnya masih belum memiliki produk fizikal tersebut di tangan mereka. Memandangkan proses penghantaran belum bermula, mereka sekadar menjual screenshot “pesanan yang disahkan” sebagai bukti.
Bagi pemain di Malaysia, kos untuk mengimport Steam Controller daripada scalper (apabila ditambah dengan caj penghantaran antarabangsa dan cukai) boleh melonjakkan harganya sehingga ke angka RM1000+. Ini adalah satu jumlah yang sangat tidak masuk akal bagi sebuah game controller.

Bagi komuniti gaming di Malaysia, situasi ini sangat malang.
Sudahlah kita tidak mempunyai sokongan rasmi daripada Valve, masalah kekurangan stok global ini pula bermakna kedai-kedai pihak ketiga tempatan berkemungkinan besar hanya akan menerima bekalan yang sangat terhad, dan ia mungkin tiba jauh lebih lewat daripada yang dijangkakan.









Discussion about this post