Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GTA 6 Dijangka Pecah Rekod Harga Game Paling Mahal, Turut Jadi Penentu Harga Industri Gaming Pada Masa Depan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 5, 2026
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
GTA 6 Dijangka Pecah Rekod Harga Game Paling Mahal, Turut Jadi Penentu Harga Industri Gaming Pada Masa Depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Tinggal hanya enam bulan sebelum pelancaran Grand Theft Auto VI (GTA 6) tetapi, misteri terbesar sekarang bukanlah tentang jalan ceritanya; sebaliknya tanda harga-nya…

Sejak beberapa bulan lalu, internet kecoh dengan khabar angin bahawa Rockstar mungkin meletakkan harga setinggi $150 untuk game ini. Dalam temu bual bersama IGN baru-baru ini, Strauss Zelnick (CEO Take-Two) akhirnya menjawab dakwaan tersebut.

Walaupun beliau menegaskan bahawa khabar angin harga ratusan dolar itu tidak benar, beliau tidak pula menjanjikan harga yang murah. Sebaliknya, beliau lebih menekankan tentang “nilai” yang bakal ditawarkan oleh game tersebut.

Menerusi maklumat ini, Zelnick memberi gambaran bahawa strategi syarikat adalah untuk memberikan pengalaman yang jauh lebih berbaloi berbanding harga yang dibayar pemain. Logiknya, jika sebuah game menawarkan ratusan jam hiburan berkualiti tinggi, maka harga yang lebih mahal adalah sesuatu yang munasabah untuk dijustifikasikan.

Namun, perkataan “berpatutan” itu mempunyai maksud yang luas. Bagi sebuah syarikat yang dilaporkan telah melabur antara $2 bilion hingga $3 bilion untuk kos pembangunan dan pemasaran, harga $80 mungkin dianggap sebagai tawaran yang adil.

Tetapi bagi pemain biasa yang kini bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, harga $80 (sekitar RM317 ke atas) dirasakan seperti satu bebanan yang besar.

Standard Harga $80

Pakar kewangan melihat harga GTA 6 sebagai “penanda aras” bagi seluruh industri. Penganalisis dari Bank of America secara terbuka mencadangkan agar game ini dijual pada harga sekurang-kurangnya $80. Logik mereka ialah industri memerlukan sebuah judul “mega” untuk memulakan trend dan menjadikan $80 sebagai standard baru bagi semua game AAA.

Alasan utama kenaikan ini selalunya berbalik kepada kos pembuatan game moden yang sangat tinggi. Dengan jumlah tenaga kerja yang besar, tempoh pembangunan bertahun-tahun, serta kenaikan kos perisian dan teknologi, penerbit game kini sedang mencari jalan untuk mengimbangi risiko kewangan mereka.

Bagaimanapun, risikonya ialah walaupun GTA 6 mungkin dianggap “kalis kegawatan ekonomi” (bermaksud peminat tetap akan membelinya tidak kira berapa pun harganya), tetapi game lain tidak mempunyai keistimewaan yang sama.

Walaupun judul-judul besar lain seperti Resident Evil Requiem baru-baru ini masih memakai harga $70, langkah Rockstar untuk menaikkan harga boleh memberi “lampu hijau” kepada semua penerbit lain untuk melakukan perkara yang sama.

Tags: Grand Theft Auto VIgta 6
ShareTweetSend
Previous Post

Mengapa GTA 6 Keluar Di Konsol Dulu Berbanding PC? Ini Penjelasan CEO Take-Two!

Next Post

Steam Controller Habis Dijual Dalam Beberapa Minit – Apa Maknanya Buat Para Gamer di Malaysia?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Steam Controller Habis Dijual Dalam Beberapa Minit – Apa Maknanya Buat Para Gamer di Malaysia?

Steam Controller Habis Dijual Dalam Beberapa Minit - Apa Maknanya Buat Para Gamer di Malaysia?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd