Hari ini, Bethesda Game Studios mengumumkan bahawa Starfield akan hadir di PlayStation 5 (PS5) pada 8 April. Pelancaran PS5 ini tiba sekali dengan Terran Armada dan Free Lanes, dua kandungan utama yang akan dikeluarkan di semua platform pada 8 April.
Ketibaan di PlayStation 5

Starfield di PlayStation 5 memanfaatkan sepenuhnya perkakasan konsol ini, termasuk integrasi lightbar, adaptive trigger, touchpad, dan banyak lagi. Di PlayStation 5 Pro pula, pemain boleh memilih Pro Performance Mode untuk mengutamakan FPS yang lebih tinggi, atau memilih Pro Visual Mode untuk visual yang lebih cantik.

Bethesda Game Studios berhasrat untuk memudahkan pemain baharu bermula, di samping terus mengembangkan pengalaman bagi mereka yang sudah meneroka Settled Systems. Edisi asas Starfield akan tersedia di semua platform, membuka pintu kepada lebih ramai pemain untuk memasuki alam semesta ini.
Kemas Kini Free Lanes & DLC Terran Armada

Terran Armada memperkenalkan questline baharu melalui Settled Systems, lengkap dengan watak baharu, lokasi, musuh, quest, sistem, dan ganjaran. Pemain berpeluang membentuk masa depan umat manusia di angkasa lepas sambil menentang pencerobohan pasukan robotik Terran Armada dalam DLC serba baharu ini.

Free Lanes pula merupakan kemas kini percuma yang menambah ciri-ciri dan sistem baharu yang penting, direka untuk menambah pengalaman asas Starfield bagi pemain baharu mahupun pemain yang kembali. Yang paling ketara, kemas kini ini membuka perjalanan antara planet dalam sesebuah sistem.
Dengan kemas kini ini, pemain boleh menggunakan cruise mode untuk bergerak dari satu planet ke planet lain dalam satu star system, di mana mereka akan menemui pelbagai encounter dan aktiviti, serta meluangkan masa berkualiti di atas kapal angkasa bersama kru mereka.

Ciri-ciri tambahan yang hadir bersama kemas kini ini termasuk:
- Lokasi baharu – Pelbagai Encounter, POI, dan Dungeon baharu, dengan peningkatan variasi yang drastik untuk diterokai oleh pemain
- X-Tech – Sumber baharu yang digunakan untuk menaik taraf senjata, ship module, dan banyak lagi
- Enemy modifiers – Tier musuh baharu dengan performance modifier, seperti perisai tambahan, serangan yang lebih kerap, atau elemental damage
- Moon Jumper – Kenderaan darat baharu
- Penambahbaikan Outpost – Storan di outpost & haiwan peliharaan Milliewhale
- Kru baharu – Muria dan mini-bot
- Penambahbaikan Starborn – Keupayaan untuk membawa sebilangan item terhad melalui Unity ke NG+

Kemas kini Free Lanes disediakan secara percuma untuk semua pemain. Semua pemilik Premium Edition sedia ada di Xbox dan Steam akan menerima DLC Terran Armada tanpa sebarang kos tambahan.
Trackers Alliance

Pada tahun 2024, Trackers Alliance telah diperkenalkan dalam Starfield untuk memberikan pemain lebih banyak pilihan bagi menikmati pengalaman Settled Systems. Bethesda Game Studios mengembangkan pengalaman Trackers Alliance dengan lima pengembaraan Trackers Alliance baharu; semuanya boleh dimainkan sekarang.

Kemas kini ini meluaskan pengalaman dengan sasaran, kontrak, dan ganjaran baharu. Pemain yang sebelum ini telah membeli kandungan Trackers Alliance akan menerima pengembaraan baharu ini secara percuma. Pemain baharu boleh mengakses set lengkap dengan harga 700 Creations Credit.

Selain PS5, game ini juga tersedia di Xbox Series X|S dan PC (Steam, Microsoft Store). Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.









Discussion about this post