Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Stardew Valley Kini Di Nintendo Switch 2 – Naik Taraf Percuma Dengan Ciri-Ciri Baharu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 26, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, Simulator
0 0
0
Stardew Valley Kini Di Nintendo Switch 2 – Naik Taraf Percuma Dengan Ciri-Ciri Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Game simulasi yang digemari ramai, Stardew Valley, telah membuat kemunculan sulungnya di Nintendo Switch 2, menawarkan pengalaman yang dipertingkatkan kepada pemain baharu dan lama. Boleh didapati di Nintendo eShop, versi ini membawakan pelbagai ciri baharu, termasuk keupayaan multiplayer yang lebih luas dan kawalan baharu.

Pemilik sedia ada game ini pada Nintendo Switch asal boleh menaik taraf ke versi baharu secara percuma melalui “Upgrade Pack.” Edisi baharu ini kini boleh didapati di eShop Amerika Syarikat, tetapi ketersediaan di Malaysia dijangka akan menyusul.

Versi ini memanfaatkan kelebihan Nintendo Switch 2, terutamanya dengan memperluaskan mod permainan cooperative play. Multiplayer dalam talian kini menyokong sehingga lapan pemain dalam satu ladang, dua kali ganda had sebelumnya.

Bagi mereka yang lebih gemar couch co-op, local split-screen kini boleh menampung sehingga empat pemain, satu peningkatan daripada had dua pemain pada Switch asal.

Edisi Nintendo Switch 2 juga memperkenalkan kawalan tetikus, direka untuk menjadikan pengalaman menghias rumah dan menguruskan inventori lebih lancar.

Tambahan pula, ciri “Game Share” membolehkan pemain yang memiliki game ini untuk menjemput sehingga tiga rakan untuk bermain bersama mereka, walaupun rakan-rakan tersebut tidak memiliki Stardew Valley.

Bagi yang kurang tahu game ini tentang apa, anda telah mewarisi sebidang tanah ladang terbiar milik datuk anda. Berbekalkan alatan terpakai dan beberapa keping syiling, tugas anda adalah untuk mengubahnya menjadi sebuah kediaman. Premis ini telah berkembang menjadi fenomena global sejak pelancaran awalnya di PC pada Februari 2016.

Daya tarikan terletak pada seni pixel art yang menawan, gameplay loop yang santai merangkumi aktiviti perladangan, mencari hasil hutan, memancing, dan melombong, serta hubungan yang boleh dibina oleh pemain dengan penduduk Pelican Town yang unik.

Pemain boleh berusaha untuk memulihkan Community Center yang usang kepada kegemilangannya dahulu atau berpihak kepada syarikat korporat JojaMart, yang menawarkan laluan dan nilai main semula yang berbeza.

Tags: Nintendo Switch 2stardew valley
ShareTweetSend
Previous Post

GANG OF DRAGON – Pandang Pertama Sistem Combat & Customization Kenderaan!

Next Post

[Khabar Angin] Bagi Menangani Krisis Bekalan, ASUS Dilaporkan Bakal Menjadi Pengeluar DRAM!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[Khabar Angin] Bagi Menangani Krisis Bekalan, ASUS Dilaporkan Bakal Menjadi Pengeluar DRAM!

[Khabar Angin] Bagi Menangani Krisis Bekalan, ASUS Dilaporkan Bakal Menjadi Pengeluar DRAM!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd