Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Star Wars Battlefront 2 kini percuma di Epic Games Store, siap dengan DLC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 15, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC
0 0
0
Star Wars Battlefront 2 kini percuma di Epic Games Store, siap dengan DLC!
Share on FacebookShare on Twitter
Epic Games Store telah menawarkan secara percuma salah satu permainan terbesar yang pernah diberi selepas GTA V. Bermula hari ini, Star Wars Battlefront 2 adalah percuma untuk dimuat turun bagi sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Epic Games Store. Permainan ini siap dengan kandungan Celebration Edition, yang mempunyai lebih dari 25 skin dan kosmetik Star Wars: The Rise of Skywalker.

Muat turun di pautan ini

⭐ FREE THIS WEEK ⭐

Put your mastery of the blaster, lightsaber, and the Force to the test online and offline in STAR WARS Battlefront II: Celebration Edition, FREE on the Epic Games Store until January 21! https://t.co/ZouBkd2HKY pic.twitter.com/faKV53jQKa

— Epic Games Store (@EpicGames) January 14, 2021

Kita mempunyai tempoh seminggu untuk menebus permainan ini, di mana ia akan berakhir pada 22 Januari pukul 12 pagi, lalu digantikan dengan permainan lain. Permainan seterusnya untuk menggantikan Star Wars Battlefront 2 juga didedahkan, dengan pengumuman rasmi oleh Epic Games Store bahawa Galactic Civilizations 3 akan mengambil tempat Star Wars Battlefront 2 sebagai permainan percuma seterusnya.

Bagi mereka yang tidak pernah bermain Star Wars Battlefront 2, permainan “shooter” pada 2017 ini menawarkan pelbagai mod multiplayer dan peta berdasarkan setiap francais Star Wars dari semua era. Permainan juga dilengkapi mod “campaign “, dengan jalan cerita yang mengisahkan sekumpulan skuadron elit Empire selepas kesimpulan Return of the Jedi.

Untuk permainan minggu depan, Galactic Civilizations 3 adalah permainan “sci-fi strategy“, di mana pemain harus memilih dari senarai spesies makhluk asing yang unik untuk menguasai galaksi. Ia dilancarkan pada tahun 2015 dan merupakan entri ketiga dalam siri selepas pelancaran Galactic Civilizations 2: Dread Lords pada tahun 2006.

Ini adalah masa terbaik untuk bermain Star Wars Battlefront 2 memandangkan francais baru-baru ini menjadi tajuk utama dalam siaran akhbar. Lucasfilm Games kini akan menjadi penerbit rasmi permainan Star Wars selepas mereka mengesahkan bahawa hak eksklusif EA untuk lesen kini telah berakhir. Tidak lama itu, beberapa studio berbeza juga mengumumkan mereka mempunyai projek sendiri yang berlangsung di dunia Star Wars. Salah satu ialah Ubisoft yang mendedahkan mereka sekarang berada di peringkat awal untuk menghasilkan permainan “open-world“ Star Wars.

Sumber – Epic Games Store

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: epic games storeFreePercumaStar Wars Battlefront 2
Previous Post

Terbukti Call of Duty: Warzone adalah permainan “pay-to-win”!

Next Post

Musim PKP tiba lagi, bosan kan? Jom kita luangkan masa dengan senarai game ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Musim PKP tiba lagi, bosan kan? Jom kita luangkan masa dengan senarai game ini!

Musim PKP tiba lagi, bosan kan? Jom kita luangkan masa dengan senarai game ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd