Sudah banyak game lama-lama yang telah dikeluarkan semula oleh banyak syarikat game tidak kiralah versi remaster mahupun remake. Baru-baru ini, ada laporan mengatakan bahawa Square Enix akan mempertimbangkan rancangan untuk membawa tajuk-tajuk game lama mereka untuk versi remaster berikutan kejayaan Final Fantasy Pixel Remaster yang mendapat sambutan baik daripada para pemain.
Perkara ini telah dibangkitkan semasa sesi soal jawab Mesyuarat Pemegang Saham Tahunan Square Enix. Salah seorang pemegang saham bertanya, “Final Fantasy I-VI Pixel Remaster diterima dengan baik. Adakah rancangan untuk remaster tajuk-tajuk lain terdahulu? Secara peribadi, saya ingin main Xenogears.”
Persoalan tersebut telah dijawab oleh salah seorang ahli Square Enix yang mengatakan bahawa mereka tidak akan mengongsikan maklumat mengenai tajuk baharu, tetapi mereka mempertimbangkan pelbagai idea dalam syarikat serta berharap orang ramai menantikan pengumuman baharu daripada mereka.
Senang cerita, kita ada harapan tinggi untuk mengharapkan tajuk-tajuk game lain untuk dapatkan versi remaster. Ramai yang masih mengharapkan game Final Fantasy terdahulu mendapat versi remaster termasuklah IP lain seperti Parasite Eve dan Chrono Trigger. Apa pun kita tunggu sahaja kejutan daripada syarikat tersebut.
Game Square Enix mana yang anda ingin syarikat tersebut remaster? Boleh kongsikan di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post