Square Enix telah mengumumkan bahawa The Last Remnant Remastered kini boleh didapati untuk iOS melalui App Store dan Android melalui Google Play untuk nilai RM79.90. Versi remastered dari salah satu judul terkenal Square Enix ini dikeluarkan untuk Xbox 360 pada tahun 2008 . Kemudian ia menerima versi remastered lalu dilancarkan untuk PlayStation 4 pada Disember 2018, diikuti oleh Switch pada bulan Jun 2019.
Berikut adalah gambaran keseluruhan The Last Remnant Remastered:
Overview:
Dikeluarkan pada tahun 2008, The Last Remnant menarik peminat pemain dengan jalan ceritanya yang memukau, wataknya yang banyak dan sistem pertempuran yang padat. Kini RPG klasik ini kembali dengan versi Remastered dan akan datang ke iOS dan Android dengan grafik yang lebih cantik.
Jalan Cerita
Sebuah dunia dijaga oleh empat kaum: Mitra, Yama, Qsiti, dan Sovani. Di dunia ini, objek misteri yang dipanggil “Remnant” telah wujud sejak zaman dahulu. Siapakah yang membuat objek ini? Bila? Dan untuk apa? Tiada seorang pun yang tahu, tetapi mereka terus menggunakan kuasa misteri ini.
Walau bagaimanapun, kuasa besar Remnant secara beransur-ansur menyebabkan dunia tidak seimbang. Lalu dunia dipisahkan kepada mereka yang memerintah dan mereka yang menuruti, dan peperangan demi peperangan bermula.
Seribu tahun kemudian, cerita ini bermula.
Sistem Pertempuran Unik
Pertempuran gaya aksi dengan senario yang sentiasa berubah. Jumpa dengan musuh di atas medan perang untuk memulakan pertarungan. Rancang strategi terbaik dan manfaatkan sepenuhnya arahan-arahan yang sentiasa berubah bergantung kepada kedudukan dan keadaan pasukan sendiri atau musuh. Morale askar pemain akan mempengaruhi keputusan peperangan.
Dalam peperangan, morale melambangkan semangat individu dan kumpulan daripada pasukan pemain dan musuh. Morale yang tinggi mempunyai kesan positif seperti meningkatkan statistik serangan untuk memberi lebih banyak damage, atau mengurangkan damage musuh.
Tonton trailer di bawah untuk gameplay versi mobile:
@gamersantaimy
Discussion about this post