Marvel serta Sony akhirnya melepaskan trailer yang dinanti-nantikan untuk Spider-Man: Brand New Day – filem solo keempat untuk Spider-Man lakonan Tom Holland. Sebagai salah satu filem yang paling ditunggu-tunggu dalam fasa terkini MCU, sudah tentu video ini penuh dengan petunjuk menarik tentang hala tuju cerita.
Mungkin ramai yang tidak faham atau kurang jelas tentang apa yang sedang berlaku, jadi berikut adalah penjelasan penuh kepada babak-babak penting dalam trailer.
Kehidupan Sunyi Peter Parker Selepas No Way Home

Trailer ini bermula dengan peringatan tentang kejadian filem Spider-Man: No Way Home (2021). Demi menyelamatkan multiverse daripada runtuh, Peter Parker A.K.A Spider-Man meminta Doctor Strange menghapuskan semua ingatan tentang Peter Parker daripada dunia.
Semua orang (kawan-kawannya, mentor-mentornya) lupa bahawa dia pernah wujud.
Babak awal trailer kemudian menunjukkan dia memerhati bekas sahabat baiknya, Ned Leeds (Jacob Batalon), dan cinta hatinya, MJ (Zendaya) meneruskan kehidupan masing-masing dari jauh.
Tetapi, Peter akan kembali ke lingkungan rakan-rakannya dalam filem ini (selepas mereka dilihat berinteraksi dalam trailer) sebagai orang/rakan tidak dikenali.

Trailer turut menunjukkan MJ bersama seorang lelaki yang kemungkinan adalah seperti lelakinya. Identiti lelaki ini belum disahkan secara rasmi.
Jon Bernthal Sebagai Punisher dalam MCU

Frank Castle lakonan Jon Bernthal – iaitu Punisher – membuat kemunculan rasmi di filem pertamanya dalam MCU. Ramai peminat sudah kenal Bernthal sejak dia lakonkan watak ini dalam siri Netflix Daredevil dan The Punisher.
Dalam trailer, Punisher ditunjukkan memandu Battle Van ikoniknya dan nampaknya sedang membuat misi yang sama dengan Spider-Man. Tapi mereka bukan “kawan”. Malah, Punisher sanggup melanggar Spider-Man memakai van miliknya.

Tetapi ada juga satu butiran penting: Spider-Man nampaknya tidak dapat mengesan Battle Van, sedangkan dia sepatutnya mampu berbuat demikian melalui spider-sense miliknya. Ini adalah petunjuk pertama dalam trailer bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kuasa Peter.
Tubuh Spider-Man Bermula Mutasi

Peter Parker mengalami sejenis mutasi misteri. Dalam satu babak, dia rebah tidak sedarkan diri. Dalam babak lain, dia terjaga dalam keadaan dibungkus sarang labah-labah serta dapat menghasilkan webbing organik. Ini adalah satu perubahan besar daripada web-shooter smekanikal yang digunakan olehnya selama ini.
Jalan cerita nampaknya gabungan dua story arc popular:
- Cerita mutasi klasik 1980-an: yang pernah diadaptasi dalam Spider-Man: The Animated Series. Badan Peter mula berubah secara mengerikan.
- Arc Spider-Totem: yang dedahkan Spider-Man sebenarnya adalah makhluk mistik dengan kaitan purba kepada multiverse.
Peter Jumpa Bruce Banner untuk Minta Bantuan

Peter memperkenalkan dirinya kepada Bruce Banner A.K.A Hulk, sekali lagi dilakonkan oleh Mark Ruffalo (yang sudah tentu tidak mempunyai sebarang memori tentangnya). Peter ditunjukkan menjalani pelbagai ujian perubatan, dengan Bruce cuba memahami apa yang sedang berlaku kepada tubuh Peter.
Teori: Bruce mungkin sekarang jadi pensyarah di MIT. Ini menjelaskan kenapa Peter berada di tempat yang sama dengan Ned dan MJ.
Kali terakhir kita melihat Bruce, dia berada dalam bentuk Smart Hulk (dalam She-Hulk: Attorney at Law). Tetapi dalam trailer ni, dia berbentuk manusia biasa. Ada peranti di tangan kanannya dan mungkin alat itu digunakan untuk mengawal transformasinya.
Kuasa Spider-Man di Luar Kawalan

Diagnosis Bruce Banner adalah DNA Spider-Man sedang bermutasi secara aktif, dan keadaannya semakin teruk. Pada satu babak, pendengaran Peter menjadi sangat hipersensitif sehingga setitik air yang jatuh ke permukaan pun kedengaran seperti letupan.
Sadie Sink Sebagai Jean Grey?

Trailer memperkenalkan watak baharu yang dilakonkan oleh Sadie Sink, yang paling terkenal sebagai Max Mayfield dalam Stranger Things. Wataknya menyebabkan kemusnahan besar-besaran, lalu menarik perhatian Damage Control yang memburu dirinya.
Damage Control adalah agensi kerajaan yang mengawal selia manusia berkuasa luar biasa dalam MCU. Damage Control telah muncul dalam beberapa projek MCU, termasuk Ms. Marvel dan Wonder Man, dan mungkin memainkan peranan antagonis dalam Brand New Day.
Ada teori mengatakan Sink akan berlakon sebagai Jean Grey, salah seorang ahli X-Men. Jean ialah seorang telepath dan juga telekinetik, dan trailer yang ditunjukkan konsisten dengan kedua-dua kuasa itu. Ini disahkan apabila Spider-Man membincangkan tentang watak misteri tersebut dengan seseorang ketua polis.
Jika ini benar-benar Jean Grey, ia merupakan berita penting bagi MCU.
Michael Mando Sebagai Scorpion

Michael Mando, yang muncul sebentar sebagai Mac Gargan dalam Spider-Man: Homecoming (2017), secara rasminya kembali sebagai Scorpion.
Penghormatan Visual kepada Komik Pertama Spider-Man 1962

Salah satu babak menghasilkan semula kulit muka depan bagi Amazing Fantasy #15; iaitu komik tahun 1962 yang memperkenalkan Spider-Man kepada dunia.
Boomerang dan Tarantula Muncul dalam Brand New Day

Trailer memberikan sekilas pandang beberapa penjahat yang kurang dikenali. Yang pertama ialah Boomerang. Seterusnya ialah Tarantula.

Kumpulan Jahat “The Hand” Versi Setia Komik

Trailer menampilkan The Hand; klan ninja purba yang berniat untuk membunuh Spider-Man. Versi The Hand ini kelihatan jauh lebih setia kepada komik berbanding versi yang dilihat dalam Netflix Daredevil dan Iron Fist.
Spider-Man: Brand New Day akan ditayangkan secara eksklusif di pawagam Malaysia pada 30 Julai 2026.









Discussion about this post