Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spider-Man 2 Bakal Hadirkan New Game+, Pelbagai Suit Baharu dan Ciri Tambahan Lain pada 7 Mac Ini!

Maira by Maira
February 22, 2024
in Artikel, Berita, Game, PS5
0 0
0
Spider-Man 2 Bakal Hadirkan New Game+, Pelbagai Suit Baharu dan Ciri Tambahan Lain pada 7 Mac Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijanjikan pada awal bulan, Insomniac Games akhirnya mendedahkan segala kandungan baharu yang bakal ditambah dalam Marvel’s Spider-Man 2 pada 7 Mac ini. Kandungan tersebut turut membawa New Game+ yang sudah lama dinantikan oleh pemain.

Versi 1.002 Marvel’s Spider-Man 2 bakal membawa New Game+ yang menawarkan pemain untuk bermain semula game dengan tahap kesukaran yang lebih tinggi dengan kesemua suit dan kebolehan yang dibawa daripada playthrough pertama. Anda juga boleh mainkan semula misi kegemaran serta membuka kandungan baharu seperti Ultimate Levels, Golden Gadget style dan banyak lagi!

Sebagai tambahan, beberapa suit symbiote Peter akan ditambah dan boleh dibukan melalui New Game+ Ultimate Levels. Anda juga boleh mengubah warna kebolehan symbiote anda juga! Marvel’s Hellfire Gala suit turut tersedia untuk dipakaikan pada Peter dan Miles.

Photo Mode juga menerima beberapa tambahan baharu seperti action figure mode dan sticker. Anda juga boleh mengubah masa selepas menyelesaikan cerita untuk mendapatkan gambar yang cantik.

Ciri accessibility baharu seperti Audio Descriptions dan Screen Reader turut ditambah. Kami pasti ciri ini akan membantu ramai pemain yang memerlukannya.

Insomniac Games turut mengongsikan bahawa mereka berkolaborasi dengan Gameheads untuk membawa dua suit baharu! Suit Fly N’ Fresh itu boleh diakses lebih awal bermula 7 Mac sehingga 5 April. Tetapi anda perlu membayarnya. Walaupun begitu, jangan risau kerana suit tersebut akan tersedia secara percuma pada masa akan datang. Antara item yang tersedia dalam Fly N’ Fresh Suit Pack adalah:

  • Fly Suit untuk Peter
  • Fresh suit untuk Miles
  • 10 phot mode sticker
  • 2 photo mode frame

Kami pasti ramai yang tidak sabar untuk mainkan New Game+ nanti. Jadi jangan lupa untuk simpan tarikh 7 Mac pada kalendar anda untuk kembali ke bandar New York semula. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Spider-Man daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Marvel's Spider-Man 2New Game+Spider-Man 2
ShareTweetSend
Previous Post

Sword Art Online Fractured Daydream Buka Pendaftaran CBT, Bakal Lancar Pada 2024!

Next Post

Unicorn Overlord Hands-On Preview – Penuh Elemen RPG Taktikal Segar, Kekal Dengan Estetika Seni Yang Indah!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka
Berita

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

July 22, 2026
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Industri

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

July 22, 2026
Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik
Preview

Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik

July 22, 2026
Next Post
Unicorn Overlord Hands-On Preview – Penuh Elemen RPG Taktikal Segar, Kekal Dengan Estetika Seni Yang Indah!

Unicorn Overlord Hands-On Preview – Penuh Elemen RPG Taktikal Segar, Kekal Dengan Estetika Seni Yang Indah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd