Selepas penantian yang terlalu lama untuk peminat, Serious Sam 4 akhirnya akan datang pada kita tidak lama lagi. Memandangkan 24 September ialah minggu depan, memang tidak lama lah sebelum semua orang boleh mencuba.
Rumusan rasmi:
“Kemanusiaan sedang diancam ketika gerombolan-gerombolan askar Mental tersebar di seluruh dunia, dan menghancurkan tamadun di sekeliling. Pertahanan terakhir adalah Earth Defense Force yang diketuai oleh Sam “Serious” Stone dan pasukan komando uniknya yang lengkap bersenjata.”
Dengan itu, Croteam telah berkongsi beberapa maklumat mengenai apa yang diperlukan untuk menjalankan permainan video terbarunya dan anda semua boleh menganggap bahawa spesifikasi sistem untuk Serious Sam 4 bukan lah gurauan.
Agak sukar untuk saya terangkan mengapa Croteam meletakkan spesifikasi minimum yang tinggi untuk permainan video yang sepatutnya lebih rendah daripada Red Ded Redemption 2 daripada segi grafik. Serious Sam 4 sebenarnya tidak lah berada di peringkat visual seperti itu, tetapi gaya keseluruhannya tetap bagus. Adakah visualnya sebenarnya setaraf? Tiada yang pasti sehingga saya dapat melihat permainan video itu dengan mata sendiri. Berikut adalah spesifikasi PC:
Spesifikasi minimum | Spesifikasi yang disyorkan | |
Memerlukan processor & sisem operasi 64-bit | ||
OS | Windows 10 64-bit | Windows 10 64-bit (1909) |
Processor | 4-core CPU @ 2.5 GHz | 8-core CPU @ 3.3 GHz |
Memory | 8 GB RAM | 16 GB RAM |
Graphics | Nvidia GeForce 780/970/1050 atau AMD Radeon 7950/280/470 (3 GB VRAM) | Nvidia GeForce 1080/2060 atau AMD Radeon Vega64/5700 (8 GB VRAM) |
DirectX | Version 11 | Version 12 |
Storage | ruang sebanyak 40 GB | ruang sebanyak 40 GB |
Nota tambahan | Keperluan berdasarkan resolusi rendering 720p pada 30 fps | API yang disyorkan termasuk DX12 dan Vulkan |
Buat masa ini, saya hanya dapat memberi tumpuan kepada apa yang saya tahu. Spesifikasi minimum tidak perlu diperhatikan untuk pemain dengan sistem PC yang canggih, tetapi pengguna dengan sistem yang lebih lemah mungkin menghadapi masalah kerana Serious Sam 4 boleh bikin isu yang lagi besar kepada siapa saja yang mempunyai CPU yang tua, terutama lagi kalau anda memakai komputer riba. Saya harap semua sudah bersiap sedia!
Sehingga kita jumpa lagi, baca segala liputan lama kami tentang Serious Sam 4 di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post