Selepas membuat kolaborasi dengan salah satu anime popular iaitu Naruto, Fortnite kini kembali dengan membuat kolaborasi bersama anime yang tidak kurang popular juga iaitu Dragon Ball. Kolaborasi bersama Dragon Ball akan tiba pada 16 Ogos 2022 di semua platform yang tersedia.
Pengumuman ini telah dilakukan oleh Fortnite sendiri melalui Twitter rasmi mereka dengan meletakkan gambar Naga daripada anime tersebut berserta caption yang menunjukkan tarikh pelancaran kolaborasi ini. Naga itu ialah Shenron, makhluk ajaib dari Dragon Ball yang boleh memenuhi kehendak sesiapa sahaja yang mengumpul kesemua tujuh Dragon Ball.
Dengan Epic tidak memberikan sebarang maklumat terperinci tentang ini, kami beranggapan bahawa mereka akan membawa masuk karakter Dragon Ball dalam Fortnite tidak lama lagi.

Buat masa sekarang, kami tidak mempunyai maklumat tentang karakter Dragon Ball yang mana akan muncul. Tetapi kami beranggapan mereka akan menampilkan karakter-karakter terkenal seperti Goku, Vegeta, Gohan dan mungkin Piccolo. Perkara ini mungkin berkaitan dengan filem Dragon Ball Super: Super Hero yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
Setakat ini, itu sahaja maklumat yang kami ada untuk dikongsikan kepada korang. Sudah alang-alang filem Dragon Ball Super: Super Hero akan ditayangkan di Malaysia, jom saya ceritakan sedikit tentang filem ini.

Dragon Ball Super: Super Hero adalah filem ke-21 dalam francais dan filem kedua di bawah era Dragon Ball Super dan akan menjadi filem pertama dalam francais yang dianimasikan sepenuhnya menggunakan CG.
Filem ini juga menampilkan kepulangan salah satu musuh paling ikonik dalam Dragon Ball iaitu Red Ribbon Army dan pengenalan dua pahlawan android, Gamma 1 dan Gamma 2, sebagai antagonis. Bagi jalan cerita, filem kali ini memfokuskan pada hubungan antara Gohan dan Piccolo, yang bakal menunjukkan “bentuk” yang lebih hebat.

Saya ingin mengingatkan anda sekali lagi bahawa kolaborasi antara Fortnite dan Dragon Ball akan tiba pada 16 Ogos 2022 di semua platform yang tersedia. Tidak banyak info yang diberikan oleh mereka untuk kolaborasi kali ini selain daripada posting-nya di media sosial.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post