Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FIFA 23 Ultimate Team tambah game mode “FUT Moments” dan rework pada “ciri Chemistry”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 12, 2022
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
FIFA 23 Ultimate Team tambah game mode “FUT Moments” dan rework pada “ciri Chemistry”
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, EA telah mengeluarkan pelbagai video terperinci yang mendedahkan ciri-ciri akan datang FIFA 23. Kita sudah membincangkan tentang gameplay, Career Mode, Pro Club dan kini tiba giliran FIFA 23 Ultimate Team aka FUT untuk menunjukkan apa yang baharu seperti sistem chemistry yang dikemas kini, game mode serba baharu dan banyak lagi.

Berikut adalah isi FIFA 23 Ultimate Team menurut EA:

Game mode FUT Moments

Dapatkan lagi banyak ganjaran dalam game mode single-player FUT Moments. Bagi pemain yang mungkin tidak mempunyai masa untuk bermain game 90 minit penuh atau ingin bermain game mode yang lebih pendek, FUT Moments membolehkan anda memainkan detik-detik gameplay yang dipendekkan. Game mode ini akan dikemas kini secara konsisten dengan senario baharu, yang terdiri daripada latihan kemahiran hingga ke senario berdasarkan kehidupan sebenar.

Untuk melengkapkan cerita, anda mesti menyelesaikan Moments – yang terdiri daripada satu hingga tiga cabaran yang mesti anda selesaikan untuk memperoleh Stars. Anda boleh memperoleh lebih banyak Stars pada tahap kesukaran yang lebih tinggi, dan jika anda tidak menyelesaikan cabaran dalam had masa, anda mesti ulang semula.

Stars yang diperoleh dalam cabaran kemudian boleh ditukar dengan ganjaran seperti pemain dan pack untuk membina skuad FUT anda. Ganjaran boleh didapati di FUT Star Gallery, di mana anda juga boleh mencari item pinjaman untuk membantu dengan keperluan skuad yang diperlukan bagi menyelesaikan beberapa cabaran.

Ciri “Chemistry” dapat rework

FIFA 23 juga menyaksikan rework kepada sistem Chemistry dalam FUT, yang membolehkan pemain membina lebih banyak skuad secara kreatif. Secara keseluruhan, EA telah membuang “chemistry” keseluruhan skuad dalam FUT 23, dengan tumpuan hanya untuk membina “chemistry” maksimum pemain individu. Link antara posisi dan sistem “loyalty” telah dibuang, di mana pemain kini boleh link/berhubung tidak kira apa posisi mereka di atas padang.

Pemain kini akan diberikan ‘Chemistry Points’: pemain boleh memperoleh sehingga tiga mata dan dinilai pada skala dari 0-3. Terdapat tiga faktor utama untuk menentukan skor chemistry bagi setiap pemain dalam XI permulaan anda – Preferred Position, Chemistry Threshold dan Manager Bonus.

  • Preferred Position: pemain hanya boleh mendapatkan skor chemistry jika mereka berada dalam posisi pilihan. Pemain juga hanya akan menyumbang kepada skor chemistry pemain lain jika mereka berada dalam posisi pilihan mereka.
  • Chemistry Threshold: jika pemain yang berada dalam posisi pilihan mereka mempunyai kelab, negara/rantau atau liga yang sama dengan pemain lain, skor chemistry kedua-dua pemain akan meningkat satu. Jika anda mempunyai tiga pemain dalam pasukan yang sama dari kelab, negara/rantau atau liga yang sama, mereka semua akan meningkat kepada tiga mata kimia.
  • Manager Bonus: pemain yang berkongsi negara/rantau atau liga yang sama seperti pengurus akan melihat skor chemistry mereka meningkat sebanyak satu.

Satu lagi ciri baharu dalam FUT 23 ialah posisi alternatif. Kad Bronze, Silver dan Gold semuanya akan mempunyai satu posisi utama dan sehingga tiga posisi alternatif.

Sebagai contoh, posisi utama Kylian Mbappe daripada Paris Saint-Germain ialah ST, tetapi dia juga boleh bermain di CF dan LW. Dengan mengubahsuai posisi, dia kini boleh dimainkan di posisi alternatif tanpa menjejaskan skor chemistry.

Update tambahan

FIFA 23 juga membenarkan pemain menukar nama kelab mereka seberapa banyak yang mereka mahu. EA juga telah membuang pilihan ‘delete club’ daripada FUT 23.


FIFA 23 akan tersedia di seluruh dunia pada PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, PS4 dan Xbox One pada 30 September. Akses awal untuk FIFA 23 Ultimate Edition bermula pada 27 September, 2022.

Untuk segala liputan kami tentang FIFA 23, sila tekan pautan ini.

Tags: FIFA 23FIFA FUT
Previous Post

Avatar: Generations akan “soft launch” di Android & iOS, Malaysia tidak tersenarai

Next Post

“Speak. Name your wish” – Kolab Fortnite x Dragon Ball akan tiba pada 16 Ogos 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
“Speak. Name your wish” – Kolab Fortnite x Dragon Ball akan tiba pada 16 Ogos 2022

"Speak. Name your wish" - Kolab Fortnite x Dragon Ball akan tiba pada 16 Ogos 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd