Sony telah melancarkan headphone noise-canceling kali terakhir mereka pada tahun 2018 iaitu Sony WH-1000XM3 dan hingga kini ianya masih merupakan salah satu “top” headphone dengan noise-canceling yang boleh didapati. Dari situ, pelbagai headphone jenama lain dengan fungsi yang sama telah dikeluarkan sehinggalah tahun ini, Sony secara rasmi mengumumkan dan kini telah mula dijual headphone yang meneruskan siri noise-canceling ini iaitu Sony WH-1000XM4.
Berharga RM1,599.00 dan kini boleh didapati secara pembelian dalam online di kedai talian Sony atau di kedai fizikal Sony, kami sendiri berpeluang mencuba dan review headphone terbaru ini berterima kasih kepada Sony. Jadi tanpa melengahkan masa, kami akan kongsikan serba sedikit mengenai Sony WH-1000XM4.
Masa untuk Unboxing!
Sampai sahaja, WH-1000XM4 datang dengan kotak yang sangat simple. Buka sahaja kotak tersebut, kami kagum dengan WH-1000XM4 yang sememangnya nampak sangat berkelas tinggi dengan salutan warna hitam matte beserta tulisan berwarna emas SONY. Terasa ringan apabila ditangan, serta tiada wayar yang panjang lela menggangu ketika mengeluarkannya.
Headphone ini sangat ringan, dan earcup mengikut reka bentuk generasi sebelumnya serta boleh diputar 180°. Diperbuat daripada kulit, jadi telinga rasa sangat selesa. Anda tidak akan merasa sebarang ketidak keselesaan walaupun telah memakainya lama. Headphone ini menggunakan pengecasan USB, dan USB yang digunakan adalah kabel USB Type-C. Sekiranya pengguna tidak menyukai mod wireless, pengguna masih boleh menggunakan kabel USB tradisional untuk disambungkan pada headphone.
Dalam keadaan penggunaan Bluetooth, selagi bateri headphone diisi penuh, pengguna boleh menggunakannya selama 30 jam. Sekiranya tidak berada dalam keadaan Bluetooth, headphone ini boleh digunakan sehingga 38 jam. Headphone ini mengambil masa kira-kira 3 jam untuk dicas sepenuhnya. Fungsi pengurangan kebisingan headphone ini sangat padu, kerana setelah memakainya, bunyi di luar akan benar-benar terpencil. Tidak kiralah mendengar lagu ataupun bermain game. Kali ini mereka mengadopsi 360 Reality Audio untuk membuat bunyi audio lebih jelas.
Pengguna juga boleh memuat turun Aplikasi “Sony Headphone Connect” di telefon bimbit mereka untuk mengawal headphone ini. Penutup telinga headphone ini sangat selesa dan mengekalkan keselesaannya itu walaupun selepas beberapa jam. Paling kami teruja dengan headphone ini, noise-reduction atau pengurangan kebisingan sememangnya hebat sekali sehingga dapat membiarkan editor merasakan setiap ketelitian dalam muzik. Headphone ini secara automatik akan mengesan suara orang lain contohnya, apabila pengguna bercakap, alat dengar akan mematikan muzik secara automatik.
Pemain dapat mengawal ukuran muzik dan menghentikan muzik dengan hujung jari mereka pada penampilan penutup telinga. Headphone ini juga mengikut reka bentuk sebelumnya. Semasa pemain menggunakan headphone, jika telefon mempunyai panggilan masuk, pemain perlu mengawal semula alat dengar secara manual untuk memulihkan muzik setelah menjawab telefon. Semasa panggilan, kualiti suara juga dalam mod HD. Pada masa yang sama, alat dengar ini juga dapat memilih untuk mematikan mod pengurangan kebisingan, tetapi kami berpendapat bahawa sama ada terdapat pengurangan bunyi atau tidak, penebat bunyi headphone ini sangat baik.
Jadi ciri-ciri yang tersedia pada WH-1000XM4 ini adalah:
- Noise cancellation yang terkemuka di industri
- Sama ada anda berada di konsert atau bersantai di sebuah kafe, tengah jogging ke, walaupun di pejabat sekali pun, headphone WH-1000XM4 memberikan prestasi penghapusan bunyi terbaik bagi kami, dengan tetap mengeluarkan suara frekuensi tinggi dan pertengahan.
- Teknologi di sebalik noise cancellation
- Teknologi Dual noise sensor, menampilkan dua mikrofon pada setiap earcup, menangkap bunyi ambien dan menyampaikan data ke HD Noise Cancelling Processor QN1. Dengan menggunakan algoritma baru, HD Noise Cancelling Processor QN1 kemudian menerapkan pemprosesan pembatalan kebisingan dalam masa nyata ke rangkaian persekitaran akustik. Bekerjasama dengan Bluetooth Audio SoC (System on Chip) yang baru, ia merasakan dan menyesuaikan dengan muzik dan isyarat bunyi, serta ciri-ciri akustik antara unit pemandu dan telinga, pada lebih dari 700 kali sesaat.
- Mengoptimumkan noise cancellation
- Headphone WH-1000XM4 menggabungkan dua teknologi untuk memaksimumkan prestasi noise cancellation. Atmospheric Pressure Optimising Unik memberikan suara yang optimum pada ketinggian altitud sementara Personal Noise Cancellation Optimiser menganalisis ciri-ciri sonik unik yang disebabkan oleh ukuran kepala, cermin mata, dan rambut, kemudian menyesuaikan suara kepada anda.
-
Sony | Headphones Connect app
-
Dengan Sony | Headphones Connect app, Ambient Sound Control membolehkan anda menyesuaikan kelantangan suara latar dan memberi anda pilihan untuk membiarkan suara sahaja untuk didengari. Sementara itu Equalizer membolehkan anda menyesuaikan tahap suara agar sesuai dengan muzik anda.
-
- Pengawalan bunyi Ambient
- Laraskan bunyi persekitaran dengan Sony | Aplikasi Headphones Connect app untuk membatalkan kebisingan sambil tetap mengeluarkan bunyi penting, seperti ketika mesyuarat atau bermain game juga ketika anda boleh mendengar apa di dalam perjalanan, seperti contoh ada bunyi kipas kuat walaupun padat apa yang anda dengar ketika itu tidak kira muzik atau game, noise cancelling menstabilkan bunyi ini dan kedengaran seperti halus sahaja bunyinya.
- Audio yang boleh dipercayai
- Built-in analogue amplifier yang terintegrasi dalam HD Noise Cancelling Processor QN1 menyedari nisbah signal-to-noise yang tidak dapat ditandingi untuk distorsi rendah dan kualiti bunyi yang luar biasa untuk peranti mudah alih. Pemacu 40mm yang kuat, dengan diafragma Liquid Crystal Polymer (LCP), menjadikan fon kepala sempurna untuk mengendalikan rentak berat dan dapat menghasilkan semula frekuensi penuh hingga 40kHz.
- Kebebasan Wireless serta audio kekal premium
- LDAC menghantar kira-kira tiga kali lebih banyak data (pada kecepatan transfer maksimum 990 kbps) daripada audio BLUETOOTH konvensional, yang membolehkan anda menikmati kandungan Audio Resolusi Tinggi dalam kualiti yang luar biasa, sedekat mungkin dengan sambungan kabel khas.
- Adaptive Sound Control secara automatik menyesuaikan diri dengan lokasi dan tingkah laku anda
- Adaptive Sound Control adalah fungsi pintar yang belajar mengenali lokasi yang sering anda kunjungi, seperti tempat kerja atau kafe kegemaran anda, dan menyesuaikan suara untuk pengalaman mendengar yang ideal. Selain itu, ia secara automatik mengesan apa yang anda lakukan- misalnya berjalan, menunggu atau hanya duduk sahaja- kemudian menyesuaikan tetapan suara ambien agar sesuai dengan penggerakkan anda.
- Ya kami dapat merasakan perubahan bunyi ketika melakukan sesuatu, terutama perubahan ketara jika berada di tepi jalan apabila bunyi ambient akan menstabilkan bunyi audio yang didengari.
- Pemulihan masa nyata semua compressed fail anda
- Menggunakan Edge-AI (Artificial Intelligence) yang dikembangkan bersama dengan Sony Music Entertainment, DSEE Extreme (Digital Sound Enhancement Engine) compressed fail muzik digital termampat dalam masa nyata. Mengenali instrumen, genre muzik dan elemen individu setiap lagu secara dinamik, seperti vokal atau selingan, ia mengembalikan suara jarak tinggi yang hilang dalam mampatan untuk pengalaman mendengar yang lebih kaya dan lengkap.
- Sejujurnya , jika anda membuka 360 Reality Audio, audio akan distabilkan mengikut bunyi termasuk bass diantara kiri atau kanan telinga kita.
- Untuk kemudahan seharian, anda hanya perlu terus bercakap untuk berbual!
- Yang ini paling kami suka, jika kami perlu bercaka dengan seseorang, tidak kira apa jua aplikasi dibuka terutama lagu, lagu tersebut akan terus diberhentikan secara auto untuk anda fokus berkomunikasi! Memang bergunalah tak perlu mengalihkan headphone lagi-lagi tangan tengah penuh memegang benda. Auto Cakap, Auto Off lagu~ Habis bercakap, lagu anda akan dipasang semula!
- Headphone yang bertindak balas terhadap anda
- Nak tahu tak, sensor jarak di headphone ini dapat mengesan sama ada anda memakainya atau tidak! Kemudian menyesuaikan pemutaran dengan sewajarnya untuk membantu menjimatkan kuasa bateri. Tanggalkan headphone anda dan muzik berhenti secara automatik. Pasang semula fon kepala dan muzik disambung semula secara automatik.
- Kuasa sepanjang hari dan pengecasan pantas!
- Puas hati geng dengan kuasa bateri headphone ini! Boleh bertahan sehingga 30 jam walaupun kami bermain sampai 4-5 jam PUBG Mobile tanpa henti! Alaaa apa pula yang nak dirisaukan, kalau habis bateri, anda boleh mendapat dalam 5 jam kuasa bateri hanya dengan 10 min caj!
- Lebih bijak dengan Voice Assistant!
- Ini lah masanya untuk anda semua menjadi orang generasi terkini! Sambungkan headphone anda bersama Google Assistant anda, kerana bantuan P.A anda akan tersedia bila-bila. Hey Google sekali, ianya akan terus mengesan suara anda dengan jelas, jadi dengan senang walaupun telefon anda dalam poket, anda boleh terus set reminder atau hubungi sesiapa pun! Atau anda boleh membuka YouTube music tanpa perlu tekan skrin!
- Lagi menarik, jika disambungkan dengan Google Assistant atau P.A lain mengikuti telefon anda, headphone ini akan kesan notifikasi yang masuk dan akan memberitahu anda. Contohnya: “Ada chat whatsapp yang masuk” atau “ada email yang masuk”.
Reka bentuk nyata elegan dan selesa!
Setiap pengawalan hanya dihujung jari anda! Simpan lah telefon anda didalam poket atau beg sekali pun, anda boleh terus tukar trek lagu, naik turunkan volume atau terus membuat panggilan telefon dengan “tap” atau “swipe” sahaja pada butang panel ditepi headphone!
Jujur kami ingin nyatakan, keselesaan berada ditahap terbaik yang diberi oleh Sony! Headphone WH-1000XM4 menggabungkan gaya canggih dengan keselesaan yang sangat luar biasa. Earcup pad telinga yang lembut dan melegakan tekanan dalam, pakailah berjam-jam sekali pun, ianya memang menyesuaikan bentuk telinga dan tiada sebarang kesakitan tulang telinga langsung! Dengan terasa ringannya, kadang-kadang terasa macam tidak memakai sebarang headphone langsung! Eh~ Dalam Sony | Headphones Connect app, terdapat fungsi penyesuaian noise cancelling di telinga untuk anda gunakan! Ya Headphone ini mampu menganalisis telinga anda untuk anda selesa dalam noise cancelling tersedia!
Nak nampak lebih maskulin atau lebih hipster? Eh tak lah, bagi kami untuk lebih kesenangan, Sony telah menyediakan kes beg untuk headphone ini agar ianya boleh disimpan bila-bila masa. Memang minimalis, senang sahaja nak masukkan headphone yang tersangat fleksible dan kabelnya ke dalam kes beg tersebut, mestilah~headphone ini kan fleksible!
Muzik atau Game, memang dah cukup padu dah Headphone WH-1000XM4 ni!
Anda suka meneliti setiap bahagian muzik? Kami rasa headphone ini memang ada kualiti audio yang terbaik pernah kami cuba. Tidak kiralah muzik rock atau simfoni okestra sekalipun, setiap bunyi audio diimbang dengan teliti, bunyi lagu tidak kira drum, bass, gitar bersama vokal , setiap suku kata sangat padu dan didengari dengan jelas sekali!
Selagi memakai headphone ini, memang nyata kami ditenggelami dunia muzik! Biarpun ditenggelami muzik, ingat bahawa headphone ini sangat bijak untuk kesan apabila kita bersuara untuk berborak dan terus menutup muzik sehingga kita berhenti berbual seperti yang dinyatakan diatas. Memang fungsi ini agak kami kagum!
Walaupun headphone WH-1000XM4 ini bukan memberi fokus penuh atau lebih senang digelar sebagai “Gaming Headphone”, kami agak kagum dengan bunyi audio yang dihasilkannya. Terutama dalam bermain permainan battle royale! Ya kami mencuba bermain PUBG Mobile, yang sememangnya memerlukan fokus utama kita untuk mendengar tapak kaki musuh, atau bunyi kenderaan dan tembakan sekali pun, headphone ini memberi keputusan terbaik dengan jelas sekali dalam setiap bunyi tersebut! Selain itu, ada geng kami yang lebih sukakan game gatcha, contoh permainan yang dicuba seperti Onmyoji dan Love Live! All Stars, setiap lagu didalam permainan tersebut memang jelas didengari!
Ya apabila bermain game, kami bukalah volumn paling kuat sekalipun, telinga memang terasa padat, setiap kali ada bunyi lain yang sering mengganggu jika menggunakan headphone lain, abaikan semua itu kerana headphone ini sangat kedap tetapi masih memberi bunyi yang ditapis untuk kedengaran apa yang di sekeliling kita secara lembut. Anda tengah sibuk memasak di dapur bunyi segala kuali pun, anda tetap akan berada dalam dunia sendiri oleh noise cancelling ini.
Maka pendapat kami~
Mengenai masalah ‘delay’ yang dibimbangkan oleh pengguna, kami percaya bahawa headphone ini tidak akan memberi masalah besar kepada anda dan kalau rasa ada delay pun mungkin dalam 0.01 saat? Nak mencari headphone yang membuat diri anda didalam dunia sendiri? Memang headphone WH-1000XM4 inilah jawapannya, kucing anda tengah mengiau nak mengawan pun tidak didengari ok!
Dengan berharga RM1599.00, kami rasa ini tidak menjadi sebarang masalah kerana headphone sony WH-1000XM4 memberi prestasi yang terbaik dan sangat sesuai untuk generasi terkini bersama gaya minimalisnya! Sesiapa yang ingin membeli headphone ini, boleh terus ke laman web rasmi Sony, atau pergi ke penjual sah Sony. Jadi apa lagi? Pasang headphone anda, sediakan aplikasi Sony Headphone anda, buka mod noise reduction dan akhirnya, dunia milik kita~
Spesifikasi WH-1000XM4 |
|
Ciri-ciri umum | JENIS HEADPHONE – Closed, dynamic UNIT DRIVER – 40mm, dome type (CCAW Voice coil) MAGNET– Neodymium DIAPHRAGM– Aluminum coated LCP FREQUENCY RESPONSE – 4Hz-40,000Hz FREQUENCY RESPONSE (ACTIVE OPERATION)– 4Hz-40,000Hz FREQUENCY RESPONSE(BLUETOOTH® COMMUNICATION) – 20Hz – 20,000Hz (44.1kHz Sampling) / 20Hz – 40,000Hz (LDAC 96kHz Sampling, 990kbps) SENSITIVITIES (DB/MW)- 105dB / mW (1kHz) (when connecting via the headphone cable with the unit turned on) , 101dB / mW (1kHz) (when connecting via the headphone cable with the unit turned off) CORD TYPE – Single-sided (detachable) CORD LENGTH – Headphone cable (approx. 1.2m, OFC strands, gold-plated stereo mini plug) PLUG – Gold-plated L-shaped stereo mini plug WEARING STYLE – Circumaural NFC – Yes DSEE EXTREME – Yes PASSIVE OPERATION – Yes |
Bateri | BATTERY LIFE(WAITING TIME) – Maks. 30 jam (NC ON), Maks. 200 jam (NC OFF) BATTERY CHARGE TIME– dalam 3 jam (Full charge) BATTERY CHARGE METHOD – USB |
Spesifikasi Bluetooth | BLUETOOTH® VERSION – Version 5.0 EFFECTIVE RANGE – Line of sight approx.30ft (10m) FREQUENCY RANGE – 2.4GHz band (2.4000GHz-2.4835GHz) PROFILE – A2DP, AVRCP, HFP, HSP SUPPORTED AUDIO FORMAT(S) – SBC, AAC, LDAC SUPPORTED CONTENT PROTECTION – SCMS-T |
Noise Cancelling | BLUETOOTH® VERSION – Version 5.0 EFFECTIVE RANGE – Line of sight approx.30ft (10m) FREQUENCY RANGE – 2.4GHz band (2.4000GHz-2.4835GHz) PROFILE – A2DP, AVRCP, HFP, HSP SUPPORTED AUDIO FORMAT(S) – SBC, AAC, LDAC SUPPORTED CONTENT PROTECTION – SCMS-T |
Portable Headphone Amplifier | VOLUME CONTROL – Touch Sensor |
Pemproses/Transmitter | INPUT(S) – Stereo Mini Jack |
Pilihan warna | Hitam/ Beige |
Di dalam kotak | Carrying Case Plug Adaptor for In-flight Use Headphone cable (approx. 1.2m) USB Cable: Type-CTM (approx. 20 cm) |
@gamersantaimy
Discussion about this post