Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Penjelasan ringkas tentang bentuk Bankai Zanpakuto di Bleach!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 2, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Penjelasan ringkas tentang bentuk Bankai Zanpakuto di Bleach!
Share on FacebookShare on Twitter

Bleach mengisahkan Kurosaki Ichigo, yang memperoleh kekuatan Shinigami, juga dikenal sebagai Dewa Kematian. Tugas seorang Shinigami adalah untuk melindungi dunia daripada Hollow) yang ingin makan roh manusia. Shinigami juga bantu memimpin roh yang sesat ke Soul Society untuk menjaga keseimbangan dunia. Untuk melaksanakan tugas mereka, Shinigami menggunakan senjata yang dikenali sebagai Zanpakuto melalui seni Zanjutsu. Setiap Zanpakuto ini juga memiliki bentuk Bankai, yang sangat berguna bagi Shinigami menjalankan tugas.

Di sini, saya akan terangkan semua yang perlu anda tahu tentang Zanpakuto dan bentuk Bankai-nya.

Apakah itu bentuk Bankai?

Shinigami & Zanpakuto mereka

Zanpakuto mengambil bentuk sebilah katana dan digunakan oleh Shinigami dan Arrancar (Hollow yang memperoleh kekuatan Shinigami dengan menanggalkan topeng mereka sepenuhnya). Arrancar menggunakan Zanpakuto sebagai manifestasi kekuatan spiritual mereka, dan memiliki bentuk akhir yang berbeza daripada Zanpakuto milik Shinigami. Bentuk ini digelar sebagai Resurrección.

Bentuk Shikai sebenar Ichigo

Setiap roh Zanpakuto dapat dijumpai di dunia dalaman yang diciptakan dalam fikiran dan roh Shinigami. Ini berfungsi sebagai titik pertemuan bagi kedua-dua entiti. Sebelum Zanpakuto diaktifkan, ia berada dalam keadaan tertutup tanpa apa-apa kebolehan unik. Zanpakuto berubah kepada bentuk pertamanya, yang dikenal sebagai Shikai, setelah pengguna mempelajari nama Zanpakuto dengan memaksa diri ke dalam keadaan meditasi yang dikenali sebagai Jinzen. Bentuk Bankai Zanpakuto adalah transformasi terakhir dan bentuk tertinggi yang boleh dicapai di Bleach.

Bentuk Bankai sebenar Ichigo

Setelah memperoleh bentuk Bankai, Zanpakuto berubah menjadi bentuk yang lebih canggih yang jelas berbeza daripada bentuk sebelumnya. Zanpakuto juga mempelajari kebolehan baru, yang boleh dibahagikan kepada kuasa elemen atau ilusi, abiliti racun, serangan jarak dekat atau abiliti Kido. Kadang-kadang, Zanpakuto juga dapat mempelajari abiliti yang lebih kuat, yang merupakan abiliti yang lebih baik daripada bentuk Shikai. Walaupun kebolehan senjata dapat diseru sama ada dengan menjerit “Bankai” atau nama roh di dalam senjata, pengguna juga dapat mengaktifkan Bankai dalam diam tanpa menjerit. Ini jauh berbeza daripada bentuk Shikai yang memerlukan pengguna untuk menyebut sejenis mantra sebelum dapat menggunakannya.

Bagaimana bentuk Bankai dicapai

Hitsugaya Tōshirō & Ikkaku Madarame berlatih Jinzen

Walaupun bentuk Bankai Zanpakuto adalah bentuk terunggul dan terakhir yang dapat dicapai oleh seorang Shinigami, hanya yang terkuat sahaja dapat mencapai tahap itu. Seorang Shinigami mesti berlatih sekurang-kurangnya 10 tahun untuk mengawal dan menjelmakan roh Zanpakuto ke dunia sebenar. Ketika latihan berlangsung, Zanpakuto itu akan berkembang maju bersama Shinigami mereka. Namun, Urahara Kisuke dan Kurosaki Ichigo memecahkan tradisi latihan selama sepuluh tahun dengan bantuan alat khas yang menyebabkan Zanpakuto untuk menjelma. Oleh itu, mereka dapat mengakses bentuk Bankai hanya dalam tiga hari latihan.

Latihan Ichigo bersama Zangetsu untuk dapatkan Bankai.

Selepas mencapai bentuk terunggul Zanpakuto, Shinigami tidak akan pernah berhenti meningkatkan kekuatannya untuk menjaga sebuah hubungan yang optimal bersama Zanpakuto. Hubungan ini akan mempengaruhi kejayaan mereka dalam pertempuran dan memberi kesan kepada bentuk Bankai, dengan beberapa penekanan terhadap kelebihan mereka seperti pertahanan, elemen, dan lain-lain.

Bagaimana bentuk Bankai mempengaruhi Bleach

Dalam anime, setelah Ichigo berlatih selama tiga hari untuk mencapai bentuk Bankai pertamanya, dia menjadi cukup kuat untuk berlawan beberapa musuh yang terbukti kuat. Salah satu daripada musuh tersebut ialah Kapten Yamamoto. Dikenali sebagai Shinigami terkuat, Yamamoto memiliki Zanka no Tachi, yang menjadikan pedangnya panas berapi seperti matahari.

Sepanjang siri ini, pelbagai Shinigami kuat berjaya membuktikan kehebatan mereka berkali-kali melalui penggunaan Zanpakuto dan Bankai yang mahir. Ini membentuk elemen yang penting dalam siri Bleach dan merupakan kunci untuk menghasilkan pertempuran yang lebih besar, lebih baik dan lebih menarik.

Tags: animebankaibleachichigomangaZanpakuto
Previous Post

Sony WH-1000XM4 Review- Nampak berkelas tinggi dengan fungsi noise-canceling yang mengagumkan!

Next Post

Kengan Omega menampilkan aksi Silat di dalam manga terkininya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Kengan Omega menampilkan aksi Silat di dalam manga terkininya!

Kengan Omega menampilkan aksi Silat di dalam manga terkininya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd