Sony Interactive Entertainment sekali lagi bekerjasama dengan ikon pop global Lisa bagi memperkenalkan DualSense Wireless Controller – LISA Limited Edition, bersama beberapa merchandise eksklusif.
Controller khas ini akan mula dijual di Malaysia pada 30 Oktober 2026 pada harga RM419. Peminat yang ingin memilikinya perlu bertindak pantas kerana sesi pre-order dibuka pada 2 Oktober 2026 di kedai-kedai gaming terpilih, selagi stok masih ada.
Rekaan controller ini mendapat sentuhan dan idea daripada Lisa sendiri. Badannya datang dalam warna Chroma Pearl yang berkilauan (yang juga merupakan warna kegemaran Lisa).
Bahagian touchpad di tengah pula dihiasi dengan ilustrasi gaya rambut bangs serta solekan cat-eye ikoniknya, yang menggabungkan simbol klasik PlayStation seperti X, Bulat, Segi Empat, dan Segi Tiga pada solekan matanya. Corak bintang dan huruf tebal “LL” turut menghiasi bahagian pemegang, lengkap dengan tandatangan Lisa di bahagian belakang.


Kolaborasi ini tidak terhad kepada peralatan gaming semata-mata. Sony dan Lisa turut melancarkan barangan lain yang merangkumi pakaian berjenama, topi, tote bag, rantai kunci, pelekat, serta beg pelindung yang direka khusus untuk DualSense controller.
Sesi pre-order bagi koleksi merchandise ini akan bermula pada 2 Oktober jam 10:00 malam waktu Malaysia, sebelum pelancaran rasminya pada 30 Oktober. Selain itu, beberapa barangan eksklusif tambahan akan mula dikeluarkan seminggu lebih awal di kedai rasmi Amazon Lisa pada 23 Oktober.




![[TGS2026] Previu Total War: WARHAMMER 40000 – Combat Lebih Pantas, Kota Boleh Musnah & Perang Grimdark Sejati](https://cdn.gamersantai.com/2026/09/Total-War-WARHAMMER-40K_PREVIU_FI-75x75.jpg)




Discussion about this post