Tak habis-habis lagi cerita pasal crossplay game Fortnite ni diantara Xbox One dengan PlayStation 4. Apa masalah sebenarnya ni? Dengar kata Sony yang cuba main elak-elak dengan isu ni. Kenapa eh? Jom ikut aku dalam entri ni.
Fortnite Battle Royale merupakan satu game yang baru dan diadakan crossplay untuk setengah platform, tetapi tidak PlayStation 4. Minggu lepas kita tahu yang Fortnite akan ada versi mobile yang boleh crossplay dengan PC, PlayStation 4, Android dan juga iOS. Then, weekend hari tu, Epic Games umumkan pulak yang Xbox One pun akan ada crossplay dengan kesemua device yang aku sebut tadi, kecuali dengan PlayStation 4.
Apa masalah sebenarnya ni? Sampaikan wakil Microsoft sendiri keluarkan statement yang mengatakan apa-apa perkara tentang crossplay Fortnite Xbox One dan PlayStation 4, boleh tanya kepada Epic Games, dan juga Sony sendiri. Tetapi, diorang berdua senyap dan macam cuba mengelak. Konspirasi apakah ini? Untuk info lanjut, korang boleh baca kat sini.
Untuk info lain, Update 3.3 delayed kerana ada sedikit isu teknikal, tapi Epic Games tak bagitahu lagi tarikh untuk next update bila. Sepatutnya update kali ni masuk hari ni, tapi, tak tahu kenapa delay. Sedikit tease yang diberi adalah tentang Supply Llama yang merayau dalam Battle Royale. Update ni jugak akan masukkan C4, remote explosive tu la. Tapi, jetpack memang tak masuk ah, dengar kata ultimately delayed atas sebab menukar design pada waktu terakhir. Mungkin design lama takleh terbang kot. Ntah. Untuk info lebih, meh sini.
Find a Supply Llama in BR or explore a new quest line in StW! Try these new things tomorrow, March 14, when v3.3 releases. Expect an exact time soon.
— Fortnite (@FortniteGame) March 13, 2018
Kali ni, Twitch lagi sekali nak bagi korang barang free kepada korang yang subscribe Twitch Prime. Korang boleh claim Fortnite Twitch Prime Pack, dalam tu ada beberapa barang kosmetik untuk mode Battle Royale dengan Save the World.
Korang boleh redeem Twitch Prime Pack untuk semua platform dari PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One. Korang akan dapat dua Gliders Eksklusif dan pakaian ; The Havoc Outfit dan Back Bling juga Sub Commander Outfit dan Slipstream Glider. Tambahan lagi, korang akan dapat 4 Ekslusif Twitch chat emoji dan dua wira untuk mode Save The World : Havoc and Sub Commando Jonesy.
Itu sahaja dari aku kali ni, apa-apa info, aku akan cuba update sepantas mungkin. Tapi, isu crossplay ni, kenapa jadi macam ni eh? yang tu suruh tanya dia ni, yang ni pulak, suruh tanya yang tu. Pening-pening, berapa ramai yang nak crossplay Xbox dengan PlayStation 4? boleh komen dan tinggalkan pendapat korang.
@gamersantaimy
Discussion about this post