Sony hari ini mengumumkan dua penambahan baru iaitu Xperia 1 III dan Xperia 5 III! Tidak kisah sama ada awak jurugambar, audiophile, penggemar movie, gamer atau sinematografi, generasi seterusnya siri Xperia 1 dan 5 akan memperkaya pengalaman pengguna dengan banyak ciri baru.
Teknologi Profesional dari Kamera Alpha
Kedua-dua model mempunyai AF berterusan yang pantas dan tepat di semua lensa dan “Real-time Eye AF”. Di Xperia 5 III, teknologi “object tracking” membolehkan jurugambar menangkap gambar subjek bergerak dengan tepat dalam pelbagai senario.
Xperia 1 III pula mempunyai “object tracking” yang ditingkatkan dengan “real-time tracking”, lalu membolehkan pengguna menangkap gambar subjek bergerak yang paling mencabar dengan fokus tepat. Dengan menggunakan algoritma berasaskan AI dan sensor iToF 3D untuk mengukur jarak, “real-time tracking dapat mengesan dan memfokus dengan tepat pada subjek dan terus fokus padanya walaupun subjek keluar sementara dari pandangan.
Kedua-dua model menawarkan juga AF berterusan dengan AF/AE pada 60 kali sesaat – membolehkan pengguna mengambil gambar dan menyimpan 20 gambar (20fps). Pemproses BIONZ X™ pula membolehkan pengguna mengambil gambar dalam senario cahaya rendah menggunakan Burst Mode.
Lebihi Jangkaan dengan Lensa Telephoto yang Berubah
Dua model ini adalah telefon pintar pertama di dunia dengan lensa telefoto Variable yang dipasangkan dengan sensor Dual PD yang mencapai jarak fokus 105mm – dilengkapi dengan sensor Dual PDAF. Jurugambar boleh menangkap imej dengan jarak fokus 16mm, 24mm, 70mm dan 105mm untuk merakam komposisi yang menakjubkan. Kedua-dua model ini menampilkan optik ZEISSTM yang dikalibrasi khusus untuk telefon pintar Xperia. Lapisan ZEISSTM T* pun menyumbang kepada “rendering” dan kontras yang indah dengan mengurangkan pantulan.
Jumlah Peluang Kreatif yang Luas
Telefon Xperia generasi seterusnya menggabungkan zoom resolusi super AI baru dan fungsi Photography Pro. Kawalan manual yang tersedia termasuk ISO, shutter speed, EV Indicator, RAW support dan butang shutter khusus. Sesuatu yang baru untuk telefon pintar ini adalah ciri ‘Basic Mode’ dalam Photography Pro yang membolehkan akses pantas ke pelbagai ciri fotografi mudah termasuk touch shutter button, portrait orientation, artistic bokeh effect, panorama, dan banyak lagi. Xperia 1 III dan Xperia 5 III juga menampilkan Optical SteadyShot™ terbaru dengan FlawlessEye™, yang menggabungkan kepantasan membaca sensor gambar dengan algoritma Sony untuk penstabilan imej optik.
Menghantar penggemar filem ke dunia layar perak
Xperia 1 III mempunyai paparan 6.5″ 21: 9 CinemaWideTM 4K HDR OLED dengan refresh rate 120Hz manakala Xperia 5 III menawarkan 6.1″ 21: 9 CinemaWide™ HDR OLED dengan 120Hz Refresh rate. Dikuasakan oleh CineAlta, ia kini menampilkan paparan OLED yang dikalibrasi dengan sangat tepat untuk mencerminkan reproduksi warna monitor profesional Sony yang digunakan dalam produksi studio terkemuka. Selain itu, kedua-dua model menampilkan paparan setara 10-bit (8-bit dengan kelancaran 2-bit) yang dapat menampilkan pelbagai warna dan menyokong ruang warna BT.2020.
Selaras dengan pendahulunya, peranti memanfaatkan enjin mudah alih X1™ yang membawa teknologi BRAVIA HDR untuk semua pengguna. Begitu juga, berkat penggabungan suara Dolby Atmos®, pengguna dapat menikmati prestasi multi-dimensi yang mengasyikkan dengan fon kepala atau pembesar suara stereo dalam telefon pintar.
Main untuk Menang
Para gamer boleh mendapatkan kelebihan dengan peningkatan unggul di Xperia 1 III dan Xperia 5 III. Paparan 21: 9 dan refresh rate 120Hz menjaminkan permainan yang sangat lancar. Penambahan “240Hz motion blur reduction” juga bermaksud paparan sentiasa mengemas kini pada 240 kali sesaat untuk prestasi jelas tanpa kabur. “240Hz Touch scanning rate” juga memastikan bahawa aksi berlaku tepat seperti yang diharapkan dan memberi kelebihan penting ke atas persaingan.
Satu lagi ciri baru dalam kedua-dua model adalah kemampuan untuk menyesuaikan “white balance” – demi mengurangkan tekanan pada mata dan membolehan durasi permainan yang lebih lama. Raiser L-y baru juga memudahkan kita untuk melihat musuh dalam gelap dengan menyesuaikan butiran gambar di kawasan gelap dan menonjolkan musuh tanpa terlalu memaparkan kawasan yang terang pada skrin.
Pengguna boleh memasangkan alat dengar kegemaran mereka melalui bicu fon kepala 3.5mm dan menikmati tanpa risau tentang latensi. Audio equaliser baru pun membolehkan pengguna mengawal, meningkatkan dan meminimumkan bunyi seperti langkah kaki dan tembakan, untuk mendengar lawan mereka mendekati dan bertindak balas di hadapan. Bagi mereka yang bermain dalam pasukan, mikrofon V.C. baru membolehkan komunikasi yang jelas dengan mengurangkan bunyi latar belakang berdasarkan jenis alat dengar yang dipilih.
Para gamer juga dapat menghidupkan kembali detik kemenangan berkat rakaman kadar bingkai tinggi hingga 120 fps. R.T. record (Rewind time record) akan membuat pra-rakaman 30 saat secara automatik. Jadi, pemain boleh memutar balik dan merakam detik-detik penting seperti aksi yang memenangi pertandingan dan berkongsi dalam talian dengan rakan-rakan.
Akhir sekali, berkat kawalan Heat Suppression power control (H.S. power control), kita dapat prestasi tanpa kompromi. Dengan menghidupkan sistem telefon secara langsung, dan bukannya mengecas bateri, tekanan haba pada telefon bimbit dikurangkan dan pemanasan berlebihan dapat dielakkan.
Cipta Filem Seperti Profesional
Cinematography Pro “dikuasakan oleh CineAlta” membolehkan lebih banyak pilihan, semuanya dalam 4K HDR 120fps yang dapat menangkap dan memainkan semula gerakan perlahan hingga 5x apabila ditetapkan pada 24fps. Ia juga mencatatkan nisbah 21: 9 pada 24/25/30 / 60fps. Teknologi penapis angin pintar Sony pula menggunakan teknologi pemisahan audio untuk mengurangkan gangguan angin bagi rakaman audio yang lebih jelas.
Ciri-ciri baru dalam kedua-dua model ini merangkumi pelbagai peningkatan UI. Sebagai contoh, untuk membantu pengguna mengawal aliran kerja, mereka dapat dengan mudah memeriksa berapa banyak baki memori dan berapa banyak masa rakaman yang masih ada. Mereka juga dapat memeriksa parameter mana yang digunakan pada klip tertentu, untuk menggunakannya ke projek lain. Antara parameter yang ditunjukkan adalah resolusi, FPS, look, lensa, stabiliser, WB, ISO, sudut/kelajuan shutter, fokus dan tahap audio.
Dengar Audio seperti Artis Rakaman
Model Xperia baru menggunakan bunyi yang diselaraskan dengan kerjasama Sony Music Entertainment. Virtualizer pembesar suara baru membolehkan Xperia 1 III dan Xperia 5 III menjadi telefon pintar pertama di dunia untuk menghasilkan semula “360 Reality Audio” dalam pembesar suara. Sekiranya sumber muzik yang didengarkan adalah “2-channel stereo”, 360 Spatial Sound akan dimainkan. Ia membolehkan Xperia 1 III dan Xperia 5 III memberi pengalaman bunyi yang mendalam, dalam masa nyata.
Muzik berkualiti tinggi dapat dinikmati lebih jauh melalui pembesar suara stereo full-stage atau ketika mendengar dengan fon kepala tanpa wayar atau dengan bicu audio 3.5mm. Pembesar suara ini diletakkan di bahagian depan telefon untuk menghasilkan semula medan suara dengan berkesan. Sebagai kemas kini eksklusif untuk Xperia 1 III, kini mereka 40% lebih kuat daripada pendahulunya. Ini berkat struktur kotak pembesar suara baru, yang telah dirancang untuk meningkatkan tekanan suara dan menghilangkan getaran. Kelantangan audio melalui audio-out (di bicu audio 3.5mm) juga telah ditingkatkan sekitar 40%, manakala kualiti bunyi bertambah baik dengan distorsi yang rendah pada tahap output maksimum.
Kedua Xperia 1 III dan Xperia 5 III menawarkan DSEE Ultimate yang meningkatkan kualiti muzik digital menggunakan teknologi Sony AI. Ia secara automatik meningkatkan frekuensi audio dan julat dinamik dalam masa nyata, menjadikan setiap lagi hampir dengan audio resolusi tinggi.
Kepantasan yang anda Perlukan
Generasi seterusnya Xperia menaikkan prestasi telefon pintar berkat CPU Qualcomm® Kryo™ 680 yang membolehkan prestasi 25% lebih tinggi dan GPU Qualcomm® Adreno™ 660 yang memberikan rendering grafik sebanyak 35% lebih pantas daripada generasi sebelumnya.
Ciri smart connectivity pula mengambil teknologi pembelajaran mendalam Xperia yang menggunakan Neural Network Library dari Sony untuk menganalisis isyarat Wi-Fi bagi meramalkan masalah penyambungan dalam masa terdekat. Xperia 1 III dan Xperia 5 III menilai kualiti Wi-Fi yang ada sebelum menyambung. Sekiranya ada kompromi dalam kualiti sambungan Wi-Fi, ia menggunakan data mudah alih.
Dengan bateri 4.500mAh, kedua-dua model menawarkan banyak tenaga sepanjang hari sementara pelbagai ciri pengecasan membantu memaksimumkan kemudahan dan memanjangkan hayat bateri. Apabila bateri memerlukan cas, ia boleh dicas hingga 50% hanya dalam 30 minit dengan pengecas XZQ-UC1 yang disertakan. Tambahan pula, Xperia Adaptive Charging membolehkan jangka hayat bateri dipanjagkan hingga tiga tahun pada kedua-dua model tersebut.
Akhir sekali, Xperia 1 III menawarkan pengecasan tanpa wayar dan fungsi battery share, yang membolehkan peranti disambungkan ke pengecas tanpa wayar. Berkat fungsi battery share, ia boleh berfungsi sebagai pengecas untuk peranti lain juga.
Reka bentuk yang ramping dengan Fungsi sebagai Fokus
Xperia 1 III dan Xperia 5 III dibuat supaya kukuh, di mana Xperia 1 III menggabungkan bahan berkualiti tinggi dengan reka bentuk yang berani dan tersendiri. Ia juga menampilkan Corning® Gorilla® Glass Victus™ di paparan, yang menawarkan peningkatan dalam prestasi daya ketahanan. Sementara itu, Xperia 5 III menampilkan Corning® Gorilla® Glass 6 ™ di bahagian belakang dan paparan dengan kemasan kaca ramping dan bingkai logam yang kuat. Untuk sekuriti tambahan, kedua-dua model ini juga mempunyai ketahanan air IP65/68 dan perlindungan terhadap habuk.
Bagi multi-tasker yang sibuk, kedua-dua model mempunyai peningkatan ke fungsi multi-window. Dengan ciri pop-up, pengguna dapat menangani tugas baru, kemudian kembali kepada apa yang mereka lakukan. Akhir sekali, apabila dipasangkan dengan headset Sony, pengguna dapat mengakses aplikasi Sony | Headphones Connect menggunakan menu Side Sense untuk penyambungan pantas.
Harga dan Ketersediaan
Xperia 1 III akan tersedia dalam warna Frosted Black dan Frosted Purple dan bakal hadir dengan Android 11 di Malaysia bermula akhir Julai. Harga akan diumumkan kemudian.
Xperia 5 III akan tersedia dalam warna Green dan bakal hadir dengan Android 11 di Malaysia bermula September. Harga akan diumumkan kemudian.
@gamersantaimy
Discussion about this post