Pada bulan lepas, Sniper Ghost Warrior Contracts 2 telah mendedahkan gameplay menarik, dan CI Games teruja untuk berkongsi dengan lebih dekat mengenai sekuel yang dinanti-nantikan: Kuamar. Trailer hebat ini memberikan pemain melihat pelbagai kawasan yang akan mereka bermain ketika sedang snipe, menyelinap dan bertempur dengan musuh dalam permainan Sniper Ghost Warrior terbaik setakat ini. Sniper Ghost Warrior Contracts 2 akan dilancarkan pada 4 jun 2021 untuk PS5, PS4, Xbox SeriesX/S, Xbox One dan PC.
Setelah mendapat pelbagai respon mengenai senjata dan skin eksklusif yang dilancarkan untuk edisi fizikal Sniper Ghost Warrior Contracts 2, CI Games akan mengembangkan lagi reward di edisi digital, yang boleh dipesan lebih awal di Steam. Setiap pembeli pra-pesan SGWC2 akan mendapat:
- Marcus Tactical: Sniper ringan dengan stability yang bagus
- FFF-45 ACP Luring Pistol: Senjata sisi dengan peluru menarik
- Rock AS100: Senapang patah hebat yang boleh menembak peluru buckshot atau slug
- Skin Blue Servers
- Skin Warning Stripes
Kuamar adalah wilayah yang terletak diantara sempandan Lubnan dan Syria yang berasal dari Timur Tengah moden. Kediktatoran yang kejam, dipimpin oleh Presiden Omar Al-Bakr dan isterinya, Bibi Rashida, telah menguasai wilayah tersebut selama lebih 20 tahun dan mereka perlu dihentikan. Dengan maklumat dari Control, pemain mengambil peranan sebagai Raven, melaksanakan kontrak di semua lokasi baru dalam usaha menjatuhkan organisasi jenayah berbahaya ini dan mengheret mereka ke pengadilan.
Kuamar menyediakan pemain dengan pelbagai jenis permainan sniper, yang dapat meningkatkan level kawasan dan objektif dari Contract. Dalam Sniper Ghost Warrior Contracts 2, terdapat 5 peta berbeza yang boleh dimainkan mengikut pemain. Senjata dan gajet realistik di-unlock setiap campaign. Manakala, mata terkumpul juga boleh digunakan untuk meningkatkan skil bagi membuat gaya permainan tersendiri. Semasa pemain mengumpulkan senjata dan meningkatkan skil, mereka boleh bermain di setiap contract dengan pelbagai pendekatan untuk mengumpul lebih banyak ganjaran.
Di Sniper Ghost Warrior Contracts 2, CI Games menetapkan standard baru untuk francais first person sniper, dengan jarak sniping sejauh 1000m mengikut rekod francais, peta sandbox yang luas, senjata/gajet realistik, dan visual serta gameplay yang ditingkatkan menjadikan ianya pengalaman terbaik untuk peminat Sniper.
Pra-pesan untuk edisi fizikal PS5, PS4, Xbox Series X/S dan Xbox One tersedia sekarang dari kedai dalam talian terpilih, sementara pemain PC boleh membuat pra-pesan SGWC2 di Steam sekarang! Semua pra-pesanan akan mengandungi bonus senjata dan skin eksklusif.
@gamersantaimy
Discussion about this post