Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony disaman kerana memonopoli jualan game di PlayStation Store

Amir Haziq by Amir Haziq
May 7, 2021
in Artikel, Berita, Platform
0 0
0
Sony disaman kerana memonopoli jualan game di PlayStation Store
Share on FacebookShare on Twitter

PlayStation Store merupakan kedai media digital untuk pengguna konsol Sony seperti PlayStation 5 dan PlayStation 4 melalui PlayStation Network. PS Store menawarkan pelbagai game terbaru dan menarik yang boleh dimuat turun melalui pembelian atau secara percuma. Namun baru-baru ini, Sony Interactive Entertainment telah disaman kerana mengeksklusifkan penjualan kandungan mereka kepada penjual digital third-party.

Para pengguna di Amerika telah menyaman Sony atas sebab memberhentikan penjualan digital third-party daripada Amazon.com Inc., Best Buy Co. dan Walmart Inc. untuk menjual kod muat turun permainan PlayStation dua tahun lalu. Ianya merupakan satu kesalahan undang-undang anti-monopoli dimana syarikat tersebut telah memonopoli penjualan kandungan mereka.

Beberapa pelanggan menyatakan SIE telah melarang third-party kedai digital untuk menjual kod muat turun game PlayStation pada tahun 2019. Ini menyebabkan pengguna konsol Sony terpaksa membeli secara langsung kandungan digital permainan di PlayStation Store sahaja. Disebabkan pemonopolian yang dilakukan SIE, para pengguna telah mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengguna konsol PlayStation menyatakan tindakan Sony membolehkan mereka meletakkan harga yang sangat tinggi dalam pasaran digital. Harga permainan PlayStation boleh menjadi lebih mahal berbanding harga ditawarkan third-party lain dan di pasaran lain. Ada diantara mereka terpaksa membayar 175% lebih tinggi untuk salinan digital berbanding harga CD.

Untuk pengetahuan pembaca, tuntutan sama ini hanyalah tindakan kelas undang-undang, dan tidak semestinya mempunyai penyelesaian. Sekarang ini, semuanya bergantung pada tindakan SIE akan datang, kecuali jika undang-undang mendesak syarikat tersebut untuk bertindak.

Sebelum ini, Sony ingin menutup perkhidmatan PlayStation Store untuk PlayStation 3, PS Vita dan PSP bermula 2 Julai nanti. Namun keputusan ini telah ditarik semula kecuali untuk PSP. Anda boleh membaca lagi banyak liputan dari kami mengenai SIE di pautan ini.

Sumber: Bloomberg

Tags: Disamanplaystation storeSony Interactive Entertainment
Previous Post

Nampaknya AirAsia juga memulakan debut Vtuber yang comel Aozora Kurumi!

Next Post

The Division Mobile rasmi dalam pembikinan oleh Ubisoft!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Next Post
The Division Mobile rasmi dalam pembikinan oleh Ubisoft!

The Division Mobile rasmi dalam pembikinan oleh Ubisoft!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd