Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic Frontiers rasmi akan keluar pada 8 November, info prapesan lengkap! [gamescom 22]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 24, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Sonic Frontiers rasmi akan keluar pada 8 November, info prapesan lengkap! [gamescom 22]
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu pengumuman terbesar di Gamescom Opening Night Live ialah tarikh keluaran Sonic Frontiers, yang telah disahkan akan keluar pada 8 November untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam pada 8 November, menurut SEGA. Bukan itu sahaja, mereka juga mengeluarkan trailer baharu yang memberi kami pandangan lebih jelas tentang jalan cerita dalam permainan.

Untuk mencari Chaos Emerald yang hilang, Sonic terdampar di pulau yang penuh dengan makhluk luar biasa. Gunakan kuasa sambil bertarung dengan gerombolan musuh yang kuat untuk membongkarkan misteri yang tersembunyi di seluruh Starfall Island. Bantu Sonic dan selamatkan penduduk daripada ancaman besar ini!

Trailer baru juga menunjukkan lebih banyak gameplay di mana Sonic melalui level baru, yang mengambil pendekatan lebih tradisional berbanding gameplay lain yang kita biasa melihat dalam Frontiers – kali ini lebih tertumpu pada platformer dan bukannya penerokaan open world.

Seterusnya adalah kandungan dalam edisi dan bonus prapesan yang pemain boleh dapatkan:

  • Edisi Standard + Bonus prapesan
  • Base game (fizikal atau digital)
  • Adventurer’s Treasure Box
    • Skill point
    • Red Seeds of Power
    • Blue Seeds of Defense
  • Edisi Digital Deluxe + Bonus prapesan
  • Base game (digital sahaja)
  • Explorer’s Treasure Box
    • Memory Token milik Amy
    • Portal Gear
    • Chaos Emerald Vault Key
    • Kasut dan sarung tangan tambahan untuk Sonic
  • Buku seni digital dengan runut bunyi mini digital (25 lagu)
  • Adventurer’s Treasure Box
    • Skill Point
    • Red Seeds of Power
    • Blue Seeds of Defense

Sekali lagi saya ingatkan, Sonic Frontiers akan keluar pada 8 November untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam pada 8 November. Untuk segala liputan kami tentang gamescom 2022, sila tekan pautan ini.

Tags: sonicSonic Frontiers
Previous Post

[gamescom 22] New Tales from the Borderlands tiba pada 24 Oktober 2022!

Next Post

Lies of P Dedahkan Gameplay Penuh Dan Akan Hadir ke Game Pass! [gamescom 22]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Lies of P Dedahkan Gameplay Penuh Dan Akan Hadir ke Game Pass! [gamescom 22]

Lies of P Dedahkan Gameplay Penuh Dan Akan Hadir ke Game Pass! [gamescom 22]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd