Kita sedia maklum dengan gameplay Lies of P yang telah ditunjukkan dalam teaser sebelum ini. Kali ini kita mendapat gambaran penuh gameplaynya semasa acara Gamescom 2022. Malah Lies of P juga akan hadir ke Game Pass. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.
Game action-RPG ini merupakan sebuah game yang diilhamkan daripada sebuah cerita klasik bertajuk Pinocchio. Dalam game ini, anda akan bermain sebagai Pinocchio dan menyelesaikan misteri dan menghalang ancaman yang berlaku di bandar Krat. Anda boleh menonton trailer terbarunya di bawah:
Bukan setakat itu sahaja, game ini juga disahkan hadir ke PC Game Pass, bermakna anda boleh bermainnya jika anda melanggan pas tersebut. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya di laman rasmi Xbox.
Berikut adalah ciri-ciri penting yang hadir dalam game Lies of P:
- Penceritaan semula kisah dongeng yang gelap
- Kisah Pinocchio telah diceritakan semula dengan visual yang gelap dan menarik. Terletak di bandar Krat yang musnah, Pinocchio berjuang untuk menjadi manusia dan melawan segala rintangan.
- Konsep visual
- Bandar Krat telah diilhamkan oleh Era Belle Epoque di Eropah (akhir Abad ke-19 hingga awal Abad ke-20) dan merupakan lambang bandar yang runtuh tanpa kemakmuran.
- Quest “Lying” dan pelbagai penamat
- Alami quest yang saling berkait yang bergantung pada cara anda berbohong. Pilihan ini kemudiannya akan mempengaruhi cara cerita itu berakhir.
- Sistem menghasilkan senjata
- Anda boleh menggabungkan senjata dalam pelbagai cara untuk mencipta sesuatu yang baharu. Cari kombinasi terbaik dan hasilkan sesuatu yang benar-benar istimewa.
- Sistem Special Skill
- Dengan Pinocchio sebagai anak patung, anda boleh menukar bahagian badannya untuk mendapatkan kemahiran baharu dan mendapat kelebihan dalam pertempuran. Tetapi tidak semua peningkatan adalah untuk pertempuran, mereka juga boleh menyediakan beberapa ciri unik dan berguna yang lain.
Lies of P akan hadir ke platform PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Game Pass dan Steam pada tahun 2023. Tarikh rasmi masih belum diumumkan, jadi kita tunggu sahaja pengumuman yang akan datang. Kalau anda ingin mendapatkan liputan lain tentang gamescom 2022 daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post