Netmarble secara rasminya telah membuka pra-tempahan untuk judul PC dan konsol terbaharunya, Solo Leveling: ARISE OVERDRIVE. Game ini dijadualkan untuk pelancaran pada 17 November untuk platform Steam dan Xbox PC. Sempena pengumuman tersebut, Netmarble turut menerbitkan sebuah trailer baharu yang memaparkan aksi dinamik game itu.
Bagi pemain yang ingin menikmati aksi lebih awal, mereka boleh membeli Edisi Deluxe yang akan memberikan Advanced Access selama tiga hari, bermula dari 14 November.
Sepanjang tempoh pra-tempahan ini, dua versi ditawarkan untuk pembelian: Edisi Standard dan Edisi Deluxe yang boleh didapati pada harga diskaun. Edisi Deluxe ini didatangkan dengan pakej Deluxe Upgrade yang mengandungi koleksi item eksklusif dalam game bagi memperkaya pengalaman pemain.
Antara item yang disertakan ialah kostum unik untuk Sung Jinwoo, kad profil khas, aksesori muka, gaya rambut, dan juga seekor haiwan peliharaan baharu.

Pertama kali diperkenalkan semasa acara Xbox Games Showcase pada Jun 2025, Solo Leveling: ARISE OVERDRIVE adalah sebuah judul berasingan, dan bukannya sekadar kemas kini kepada game mobile Solo Leveling: ARISE yang telah dilancarkan pada Mei 2024.
Walaupun dibangunkan berlandaskan kejayaan versi mobile, ARISE OVERDRIVE beralih sepenuhnya daripada mekanik gacha bagi menawarkan pengalaman premium berkonsepkan beli-untuk-main, lengkap dengan mekanik gameplay yang dipertingkatkan (termasuk parry) serta ciri-ciri multiplayer.

Direka khas untuk platform PC dan konsol, Solo Leveling: ARISE OVERDRIVE menjanjikan pengalaman yang amat imersif melalui grafik berkualiti tinggi, sistem combat yang strategik, serta sistem kemajuan watak yang mendalam.
Dalam game ini, pemain akan sekali lagi membawa watak protagonis utama siri ini, Sung Jinwoo, dalam bentuk ‘monarch’-nya yang cukup digeruni. Judul ini menawarkan mod solo dengan pertarungan bos yang dinamik, di samping mod pertempuran cooperative yang boleh disertai sehingga empat orang pemain.

Seiring dengan pelancaran pra-tempahan ini, Netmarble turut menerbitkan Developer Note yang menjelaskan ciri-ciri utama game tersebut.
Pasukan pembangunan menegaskan bahawa Solo Leveling: ARISE OVERDRIVE ialah sebuah judul premium di mana semua kandungan penting seperti Hunter, senjata, dan sistem perkembangan dapat diakses sepenuhnya melalui gameplay.
Ini merupakan satu peralihan yang jelas daripada mekanik gacha, dengan fokus kini diberikan kepada sistem crafting dan kemajuan dalam permainan.

Developer Note itu juga menjelaskan bahawa pemain boleh menyesuaikan gaya permainan masing-masing melalui skill tree.
Game ini turut akan memperkenalkan sistem-sistem baharu seperti “Monarch’s Awakening,” sistem “OVERDRIVE” yang membuka abiliti yang lebih dahysat, serta sistem “Chain Smash” untuk melaksanakan kombo yang dinamik.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan Solo Leveling: ARISE OVERDRIVE, sila lawati laman web rasminya.









Discussion about this post