Tak sampai sebulan Battle for Azeroth dilancarkan, ianya kini dilanda kebencian pemainnya.
Masa awal launching nampak macam best, ada 6 zone baru nak explore, quest banyak dan beberapa aktiviti baru macam Island Expedition yang menambahkan keseronokan lepas endgame.
Buat masa kini, banyak pemain dah mula bising pasal sistem dalam game ni, iaittu sistem Azerite Armor. Sampai kat reddit bersepah la players menyalak pasal kelemahan sistem ni.
OK, camni eh, sistem game ni bermula dengan Heart of Azeroth, dimana mende ni adalah rantai yang pertama sekali pemain akan dapat masa start main. Rantai ni la yang akan tentukan camne pemain nak power up lagi once dah hit level 120. Apa benda pun yang korang buat dalam game ni end result dia korang akan dapat Azerite. Azerite ni akan level up kan rantai korang tadi.
Lepas tu, ada armor dalam game ni yang dipanggil Azerite Armor (boleh didapati dari berbagai sumber). Dan setiap Azerite Armor ada power masing-masing yang kena unlock dengan Heart of Azeroth.
Ikut level Heart of Azeroth korang, maybe masa first-first dapat armor ni, korang boleh bukak skill kat ring yang pertama je. Nak up lagi? Upkan Heart of Azeroth.
Antara masalahnya adalah Heart of Azeroth ni levelling dia sangat lambat, dan pemain sering dapat Azerite Armor yang requirement dia macam bapak tinggi daripada level Heart diorang. Lepas tu player kena la tambah lagi grinding nak level kan Heart diorang sebab nak guna skill yang ada kat equipment yang diorang memang dah ada. Contoh – shoulder armor korang level 325, korang jumpa yang baru level 370. Secara matematiknya 370 lagi power la kan? Tapi sebab Heart korang cap ayam, satu trait pun dari item level 370 tadi korang takleh guna, menjadikannya lagi cikai dari item level 325 yang korang pakai tadi. Bangsat tak?
Antara isu lain adalah ada pemain yang dapat Azerite Armor yang memang sebijik sama, tapi Heart of Azeroth requirement dia berbeza. Ada juga pemain yang dapat Azerite Armor yang takde apa-apa trait pun.
Ada jugak player yang discover Azerite Armor punya trait boleh stack, dan diorang fokus untuk build up mende ni sampai character dia jadi melampau overpowered. Isu sangat teruk sampai Blizzard terpaksa kensel PvP competitive season sebab nak hotfix.
Ini la antara isu-isu nak tunjuk kat korang yang sistem dalam game ni memang dikatakan fakap.
Korang tengok BellularGaming kasi ulasan kenapa sistem ni tak best:
Memang kaki WoW ni keje nak cari loot yang power je. Dapat loot mantap, boleh main raid lagi susah. Ini adalah motivasi setiap pemain. Tapi sebab kepalatan sistem baru ni, rasa macam faktor ni dah takde. Nak login pun malas agaknya.
Pengarah game ni, Ion Hazzikostas dah umumkan yang dia akan join Ask Me Anthing kat subreddit Warcraft untuk jawab soalan daripada pemain. Kompom la kena tembak banyak pasal sistem ni.
Tapi aku rasa, in a nutshell Blizzard memang dah buat yang terbaik untuk expansion yang gempak ni. Mungkin cuma sistem ni perlu direfinekan, dan antara punca masalah dia adalah, pemain-pemain dah terlalu biasa dan manja dengan sistem dari Legion.
@gamersantaimy
Discussion about this post