Electronic Arts Inc. (EA) dan Maxis mengumumkan bahawa expansion pack The Sims 4: Discover University akan datang ke PC dan Mac pada 15 November 2019 dan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada 17 Disember 2019. Expansion Pack yang dinanti-nantikan ini memperkenalkan babak baru untuk Sims di mana mereka boleh mendaftar di sekolah impian mereka dan belajar dalam bidang kejuruteraan, pendidikan atau undang-undang, menghiasi bilik asrama untuk merasa seperti di rumah sendiri, melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan mencipta kenangan baru dengan rakan-rakan.
The Sims 4 Discover University memperkenalkan dunia baru, Britechester dan dua sekolah unik untuk Sims melanjutkan pendidikan tinggi mereka iaitu: Universiti bersejarah Britechester untuk jurusan seni dan kemanusiaan, dan Institut moden Foxbury untuk kerjaya dalam bidang sains dan teknologi. Kedua-dua kampus menawarkan pelbagai pengalaman baru yang menyediakan Sims ke dunia sebenar dengan kerjaya baru dalam pendidikan, undang-undang dan kejuruteraan, serta membantu mereka berkembang dalam kerjaya sedia ada. Pemain boleh memilih cara Sims menjalani kehidupan di kolej, berapa kerap mereka menghadiri kelas dan belajar untuk kekalkan prestasi mereka atau memilih untuk memonteng kelas dan lepak bersama rakan-rakan.
Expansion ini juga memperkenalkan aktiviti dan item baru untuk membantu kehidupan Sims sebagai pelajar. Sims boleh mengadakan sesi belajar di perpustakaan atau berehat dan bergaul bersama rakan-rakan baru di ruang istirehat, bermain juice pong, menjelajah kampus dengan basikal atau prank sekolah lain. Sims juga boleh menyertai organisasi sekolah seperti robotik, debat, seni, atau mysterious secret society, dan menonjol semangat sekolah mereka di majlis-majlis khas. Pemain boleh menyesuaikan tempat tinggal baru Sims mereka, sama ada mereka tinggal di asrama atau luar kampus, dengan hiasan baru seperti poster atau peti sejuk mini dan mengubah ruang menjadi syurga peribadi sendiri. Sims juga boleh membentukkan gaya peribadi mereka dengan pakaian baru yang diilhamkan oleh trend terbaru.
Ketika Sims memulakan babak baru dalam kehidupan mereka di The Sims 4 Discover University, mereka akan belajar banyak di dalam dan di luar bilik. Sama ada mereka study hard atau play hard, Sims akan menemui pengalaman yang bantu membentukkan mereka menjadi apa yang mereka mahu menjadi.
@gamersantaimy
Discussion about this post