Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG: BLINDSPOT Akan Tersedia Secara Early Access Bermula 5 Februari!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 9, 2026
in Artikel, Berita, PC, Shooter, Steam
0 0
0
PUBG: BLINDSPOT Akan Tersedia Secara Early Access Bermula 5 Februari!
Share on FacebookShare on Twitter

KRAFTON dan PUBG Studios telah mengumumkan bahawa game shooter free-to-play “PUBG: BLINDSPOT” bakal dilancarkan secara Early Access di PC melalui Steam bermula 5 Februari 2026. Game ini membawakan aksi tembak-menembak 5v5 dari perspektif top-down, dan diinspirasikan daripada game popular “PUBG: BATTLEGROUNDS.”

Dahulu dikenali sebagai Project ARC, PUBG: BLINDSPOT menukar skala pertempuran dari medan perang yang luas kepada arena yang lebih kecil untuk pertempuran jarak dekat lebih mendebarkan.

Ia menjanjikan gabungan unik antara aksi tembakan dan strategi hasil daripada pandangan top-down, untk memberikan satu pengalaman taktikal yang serba baharu. Khususnya, para pemain boleh mengharapkan mekanik gunplay serta aksi yang memerlukan kebijaksanaan dalam memilih kedudukan dan kerjasama pasukan yang erat.

Mod permainan utama akan tertumpu kepada satu objektif tersembunyi yang dinamakan “Crypt” di dalam peta. Pasukan penyerang mempunyai misi untuk menggodam Crypt tersebut dengan memasang sebuah alat yang dipanggil ‘Decrypter’.

Untuk mencapai objektif ini, mereka boleh menggunakan pelbagai alatan seperti pelancar bom tangan dan penukul letupan untuk memecahkan halangan seperti dinding dan pertahanan musuh.

Sebaliknya, pasukan bertahan perlu menggagalkan cubaan ini dengan memperkukuh kawasan sekitar Crypt, contohnya dengan menyekat laluan pintu dan mendirikan perisai untuk menghalang kemaraan pihak lawan.

Kejayaan pemasangan ‘Decrypter’ akan ditandakan dengan perubahan warna Crypt dari biru ke merah, yang menandakan ia telah berjaya digodam dan berpotensi mengubah penguasaan terhadap “Blue Chip” yang amat bernilai.

Satu ciri yang inovatif dalam game ini ialah mekanik penglihatannya. Dalam “PUBG: BLINDSPOT,” garisan pandangan (‘line of sight’) adalah secara masa nyata dan dikongsi antara semua ahli pasukan. Mekanik ini memupuk kerjasama yang pantas tanpa memerlukan komunikasi lisan.

Setiap perkara yang dilihat oleh seorang pemain akan turut dapat dilihat oleh rakan sepasukannya yang lain, sekali gus membolehkan mereka merancang serangan dan serang hendap yang selaras tanpa perlu berkata apa-apa.

Para pemain juga berpeluang untuk memilih daripada pelbagai watak unik yang tersedia, di mana setiap satunya mempunyai senjata kegemaran dan gajet istimewa tersendiri.

Senjata-senjata yang sudah tidak asing lagi dari dunia “PUBG” seperti Mk14, AWM, dan P90 akan kembali, di samping pelbagai gajet baharu seperti bom tangan ‘Blue Zone’, dron peninjau, dan bahan letupan proksimiti.

Peralatan balingan klasik seperti flashbang dan smoke grenade juga akan memainkan peranan dalam menentukan hala tuju pertempuran.

Pihak KRAFTON turut memberi jaminan bahawa versi ini sudah mencapai “tahap kualiti yang sedia untuk dilancarkan” bagi menyokong proses pembangunan yang berterusan, dengan rancangan untuk mengeluarkan kemas kini pada setiap bulan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada komuniti pemain.

Tags: PUBG: BLINDSPOT
ShareTweetSend
Previous Post

Silver Palace Pamerkan Gameplay Baru, Fokus Pada Combat, Siasatan & Watak!

Next Post

Fatal Fury: City of the Wolves Mengacah Kehadiran Kenshiro Daripada “Fist of the North Star!”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Fatal Fury: City of the Wolves Mengacah Kehadiran Kenshiro Daripada “Fist of the North Star!”

Fatal Fury: City of the Wolves Mengacah Kehadiran Kenshiro Daripada "Fist of the North Star!"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd