Baru-baru ini, syarikat Lucasfilm dan rangkain televisyen Disney+ telah melancarkan penampilan pertama untuk siri anime Star Wars: Vision. Siri ini akan memiliki sembilan episod secara keseluruhan dan bakal ditayangkan pada 22 September 2021 nanti! Berita ini telah dikongsikan semasa Anime Expo Lite dan didedahkan sebagai antologi animasi pendek bagi meraikan Star Wars yang sedang dalam pembikinan oleh tujuh studio anime Jepun.
Lucasfilm telah membenarkan studio-studio Jepun ini menghasilkan kisah yang tidak perlu sesuai dengan garis masa Star Wars rasmi, tetapi masih ingin menggunakan watak sedia ada. Jurucakap Lucasfilm, iaitu James Waugh menyatakan mereka memberi studio Jepun untuk meneroka semua potensi imajinasi galaksi Star Wars melalui anime yang unik. Lucasfilm juga menyedari bahawa ini akan menjadi karya lebih asli untuk studio dan pereka yang membikinnya, melalui proses unik dalam medium yang mereka mahir. Secara amnya, ini adalah visi mereka untuk elemen galaksi Star Wars dan mengharapkan studio Jepun dapat menghasilkan siri antalogi yang luar biasa dari kisah Star Wars yang pernah dilihat sebelum ini.
Berikut adalah studio-studio Jepun bersama episod yang mereka hasilkan untuk Star Wars: Vision
- Kamikaze Douga – The Duel
- Geno Studio (Twin Engine) – Lop and Ochō
- Studio Colorido (Twin Engine) – Tatooine Rhapsody
- Trigger – The Twins
- Trigger – The Elder
- Kinema Citrus – The Village Bride
- Science Saru – Akakiri
- Science Saru – T0-B1
- Production IG – The Ninth Jedi
Star Wars: Vision akan menampilkan Samurai-esque Jedi dan Sith di The Duel sehingga Lop and Ocho! Ia turut akan menampilkan watak yang memiliki rupa seperti arnab serta kisah sepasang kembar yang mempunyai sisi gelap dan kisah Master dan Padawan dalam motif hallmark Star Wars, serta pelbagai kisah unik dari setiap episod!
Anda boleh mula menyaksikan Star Wars: Vision bermula 22 September ini di aplikasi perkhidmatan penstriman Disney+, yang sudah tersedia untuk pengguna Android serta iOS. Dapatkan Disney+ Hotstar anda sekarang sementara tawaran semurah RM54.90 untuk tiga bulan ini masih ada!
@gamersantaimy
Discussion about this post