Pernah terbayang bagaimana rasanya untuk memakai suit Iron Man? HAHHH! Dengan keluaran game Marvel’s Iron Man VR hari ini, anda boleh tahu. Di Marvel’s Iron Man VR, pemain akan menjadi Tony Stark, yang sedang meraikan penjualan senjata terakhir oleh Stark Industries. Sayangnya, masalah sering datang, dan dia bertembung dengan seseorang misteri yang menggelarkan diri mereka sebagai Ghost. Rupanya, Ghost adalah penggodam dan aktivis anti-korporat yang ingin menggunakan senjata Stark Industries untuk kegunaan mereka sendiri.
Tony ingin menghalang Ghost daripada menyalahgunakan senjata yang di hasilkan dan dia perlukan bantuan kita. Treler di atas menunjukkan aksi terbang tinggi ketika anda meluncur di langit sambil melawan pelbagai musuh dengan bantuan laser, bahan letupan, dan jenis artileri lain. Anda akan mengawal semua senjata Iron Man dengan menggunakan dua controller PlayStation Move. Nick Fury pun membuat penampilan! Misi utama ialah menewaskan semua musuh depan mata, dan meningkatkan teknologi anda untuk menjadi Iron Man terbaik di dunia.
Sekiranya anda minat Marvel dan suka Iron Man, anda boleh dapatkan Marvel’s Iron Man VR pada hari ini, 3 Julai! Untuk segala info tentang Marvel’s Iron Man VR, sila klik di sini atau lawat ulasan pertama GS. Selamat ber-gaming!
@gamersantaimy
Discussion about this post