Bermula 28 Julai, divisi “gula-gula” BANDAI akan melancarkan “Tabemasu Dragon Ball” yang dimodelkan sempena naga ikonik Shenron dan bebola naga yang muncul dalam anime Dragon Ball. Dikeluarkan secara khusus hanya di FamilyMart Jepun pada nilai harga 369 yen (anggaran RM14.66), kuantitinya yang terhad membuatkan promosi ini sangat singkat dan sepatutnya berakhir sebaik sahaja stok habis.
Tabemasu atau nama panjangnya Taberareru Mascot (maskot yang boleh dimakan) adalah francais gula-gula Jepun yang menggunakan adunan yang diperbuat dari jem kacang, gula dan serbuk mochi untuk membentukkan watak-watak. Ia adalah jenis gula-gula Jepun baru yang mungkin membuatkan anda rasa serba salah untuk makan kerana kecomelan watak yang terserlah.
Kali ini, Dragon Ball menjadi tumpuan utama ketika peminat berusaha untuk mengumpulkan 7 bebola naga untuk memenuhi keinginan. Terdapat sembilan jenis bebola naga, termasuk dua jenis rahsia bagi 1-⭐️ Dragon Ball hingga 7-⭐️ Dragon Ball. Anda boleh menikmati dua jenis rasa di mana gula-gula Shenron mengandungi inti berperisa daun teh matcha manakala gula-gula bebola naga dipenuhi dengan inti kastard. Gula-gula tersebut berjaya mengekspresikan ciri-ciri Shenron secara terperinci seperti matanya yang merah, janggutnya yang panjang, dan kukunya yang tajam.
Sudah tentu, promosi ini hanya boleh didapati di Jepun dan bukan di seluruh dunia. Saya harus meminta maaf kepada peminat Dragon Ball di Malaysia. Andai kata promosi ini diadakan, adakah anda akan beli? Jom kongsikan pendapat!
@gamersantaimy
Discussion about this post