Semasa acara Comic Con 2022 di San Diego, DC Film telah mengeluarkan satu trailer baharu bagi filem Shazam Fury of the Gods. Dengan mengeluarkan trailer pertama bagi filem tersebut, mereka juga mengumumkan bahawa ia dijadualkan akan mula ditayangkan pada 15 Disember 2022.
Ia merupakan sekuel kepada filem pertamanya iaitu Shazam! yang pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2019. Ia menceritakan seorang budak lelaki yang bernama Billy dan berumur 14 tahun mendapat kuasa yang membolehkan dia bertukar menjadi seorang lelaki berbadan sado atau lebih dikenali sebagai Super Hero Shazam.
Filem ini sudah pasti sedikit sebanyak mengekalkan pelakon yang asal daripada filem pertamanya. Berikut adalah senarai pelakon untuk Shazam! Fury of the Gods:
- Asher Angel sebagai Billy Batson
- Zachary Levi sebagai Shazam
- Jack Dylan Grazer sebagai Freddy Freeman
- Adam Brody sebagai Superhero Freddy
- Faithe Herman sebagai Darla Dudley
- Meagan Baik sebagai Superhero Darla
- Ian Chen sebagai Eugene Choi
- Ross Butler sebagai Superhero Eugene
- Jovan Armand sebagai Pedro Peña
- D.J. Cotrona sebagai Superhero Pedro
- Grace Caroline Currey sebagai Mary Bromfield
- Marta Milans sebagai Rosa Vasquez
- Cooper Andrews sebagai Victor Vasquez
- Djimon Hounsou sebagai Shazam
- Rachel Zegler sebagai Anthea
- Lucy Liu sebagai Kalypso
- Helen Mirren sebagai Hespera
Buat masa sekarang, mereka masih tidak mendedahkan sinopsis atau jalan cerita bagi filem ini. Tetapi menurut video trailer tersebut, Shazam sedang menceritakan gambaran kehidupannya secara ringkas dengan terpegun kepada hero lain seperti Flash, Aquaman dan juga Batman.
Kemudian, dalam trailer tersebut kita boleh lihat yang terdapat dua orang villain utama iaitu Haspera dan Kalypso sebagai Daughters of Atlas. Mereka berdua datang ke bumi untuk mengambil kembali kuasa yang telah diperolehi oleh Shazam dan adik-beradik angkatnya untuk menjadi super hero.
Pada awalnya, filem Shazam! Fury of the Gods dirancang akan keluar pada tahun 2023. Entah bagaimana, ia mendapat tarikh pengeluaran awal pada 15 Disember 2022 di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, filem Black Adam juga akan mula ditayangkan pada 21 Oktober 2022 dan diikuti oleh Aquaman and Lost Kingdom pada tahun 2023.
Apa pendapat anda tentang filem sekuel Shazam Fury of the Gods yang akan ditayangkan pada 15 Disember 2022? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post