Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result
Home Filem

Shazam 2 kena review bomb, Pengarah kata “berhenti buat filem superhero”

safwan by safwan
March 21, 2023
in Acara, Action, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Shazam 2 kena review bomb, Pengarah kata “berhenti buat filem superhero”
Share on FacebookShare on Twitter

Shazam! Fury of the Gods baru sahaja ditayangkan pada minggu lepas dan telah menerima banyak review yang positif. Tetapi apa yang berlaku di Rotten Tomatoes adalah sebaliknya. Filem ini mendapat hanya 53% sahaja daripada pengkritik sehingga pengarah Shazam Fury of the Gods, David F. Sandberg hendak berhenti daripada membuat filem superhero lagi selepas ini.

On Rotten Tomatoes I just got my lowest critic score and my highest audience score on the same film 🤷‍♂️ I wasn’t expecting a repeat of the first movie critically but I was still a little surprised because I think it’s a good film. Oh well.

— David F. Sandberg (@ponysmasher) March 20, 2023

Menurut ciapan di Twitternya, dia mengatakan “Pada Rotten Tomatoes, saya baru sahaja mendapat markah pengkritik terendah dan skor penonton tertinggi saya pada filem yang sama. Saya tidak menjangkakan filem pertama berulang secara kritikal tetapi saya masih terkejut sedikit kerana saya fikir ia filem yang bagus.”

Seperti yang saya katakan sebentar tadi, saya sangat tidak sabar untuk kembali kepada filem seram serta mencuba beberapa perkara baru. Selepas enam tahun Shazam, saya pasti sudah selesai dengan filem superhero buat masa ini.

Walaupun telah banyak menghabiskan masa untuk membuat Shazam, David langsung tidak merasakan sebarang penyesalan walau sesaat pun. Dia mengatakan yang filem itu telah membuatkan dia belajar banyak dan dapat bekerja dengan orang-orang yang hebat. David sangat bersyukur kerana dapat membuat dua filem Shazam. Walaupun perkara ini mencabar, dia masih merasakan yang ia sangat berharga.

Satu perkara yang saya sangat nantikan ialah memutuskan sambungan daripada wacana superhero secara online. Banyak perkara yang membuatkan saya tertekan dan lebih baik tidak perlu memikirkannya lagi.

Untuk pembukaan, Shazam! Fury of Gods telah mengutip sebanyak $64.7 juta dalam tayangan seluruh dunia. Kedudukan ini sangat jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan filem Shazam yang pertama.

Filem sekuel Shazam ini juga telah dilaporkan memakan kos sehingga $110 juta untuk menjadikan filem ini dan tambahan sebanyak $100 juta untuk dipasarkan. Jika kita lihat, ia masih terdapat banyak jumlah untuk dikumpulkan dan mengaut keuntungan.

Kalau anda nak tahu, David F. Sandberg sebelum ini telah mengarah dua filem horror yang diterima ramai iaitu Lights Out yang ditayangkan pada 2016 dan Annabelle: Creation pada tahun 2017. Kedua-dua filem ini telah menerima kritikan yang agak positif di mana ia mendapat lebih daripada 70% di Rotten Tomatoes.

Apapun, filem Shazam! Fury of the Gods menyambung kisah seorang budak lelaki bernama Billy yang menerima kuasa daripada Shazam dan menjadi Champion seterusnya. Anda boleh lihat review kami di sini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: David F. SandbergShazam! Fury of the GodsSuperhero
Previous Post

Genesis of Aquarion Hadir Dengan Siri Anime Terbaru! Teaser & Visual Didedahkan!

Next Post

Siri Anime MegaMan NT Warrior Bakal Strim di Twitch & Youtube Capcom!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Interview World of Warcraft: Dragonflight bersama Blizzard – Perubahan dalam Update 10.1
Temuramah

Interview World of Warcraft: Dragonflight bersama Blizzard – Perubahan dalam Update 10.1

May 26, 2023
[Review] ROG Ally Z1 Extreme – Gaming PC mudah alih bukan lagi mimpi!
Review

[Review] ROG Ally Z1 Extreme – Gaming PC mudah alih bukan lagi mimpi!

May 26, 2023
Game The Lord of the Rings: Gollum Terima Kritikan Hebat, Antara Game Paling Teruk 2023!
Berita

Game The Lord of the Rings: Gollum Terima Kritikan Hebat, Antara Game Paling Teruk 2023!

May 26, 2023
Next Post
Siri Anime MegaMan NT Warrior Bakal Strim di Twitch & Youtube Capcom!

Siri Anime MegaMan NT Warrior Bakal Strim di Twitch & Youtube Capcom!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In