Filem Shazam! yang pertama mendapat sambutan dengan sangat hangat pada ketika ia dikeluarkan. Selepas beberapa tahun, Warner Bros. mengumumkan filem sekuel yang Shazam Fury of the Gods dan bakal ditayangkan pada tahun lepas awalnya. Selepas ditangguhkan, kini tiba masanya Shazam dan keluarganya beraksi kembali di tayangan.
Namun, terdapat beberapa spekulasi daripada peminat di mana mereka meragukan filem Shazam selepas Peter Safran dan James Gunn mengambil alih DC dan ingin membuat reboot lagi sekali dan dipanggil DCU. Jadi, untuk membuktikan yang filem Shazam! Fury of the Gods adalah sebuah filem yang baik, ini adalah review jujur daripada kami.
Synopsis
Shazam! Fury of the Gods menyambung kisah remaja Billy Batson yang apabila membaca perkataan ajaib “SHAZAM!,” berubah menjadi alter ego Super Hero dewasanya, Shazam.
Dikurniakan kuasa “God”, Billy Batson dan rakan-rakan anak angkatnya masih belajar cara menyesuaikan kehidupan remaja dengan mempunyai alter-ego Super Hero dewasa. Tetapi apabila Daughters of Atlas, trio dewa purba yang pendendam, tiba di Bumi untuk mencari sihir yang dicuri daripada mereka lama dahulu, Billy—aka Shazam—dan keluarganya didorong ke dalam pertempuran untuk kuasa besar mereka, nyawa mereka, dan nasib dunia mereka.
Perjalanan Cerita
Perjalanan cerita bermula dengan Daughter of Atlas Hespera dan Kalypso datang ke bumi untuk mengambil Magic Staff yang dipatahkan oleh Shazam dalam filem pertama di sebuah muzium. Mereka ingin mengambil balik kuasa Shazam dan mencari benih untuk menghidupkan kembali Kingdom mereka.
Selesai urusan mereka di bumi, mereka kembali pulang ke Kingdom mereka untuk menghidupkan kembali Magic Staff tersebut.
Dalam masa yang sama, Billy Batson cuba menyatukan kembali adik-beradiknya untuk berkelakuan seperti keluarga kerana mereka sibuk dengan hal masing-masing dan langsung tidak mengambil peduli tentang situasi Super Hero. Walaupun mereka telah cuba banyak kali menyelamatkan penduduk di Philadelphia, mereka tetap tidak diterima ramai.
Sehingga dalam filemnya yang kedua, mereka masih tercari-cari satu nama Superhero yang sesuai walaupun mereka asyik menyebut Shazam! semasa bertukar. Saya rasa perkara ini sangat bodoh dan kelakar kerana mereka telah dikenali dengan pelbagai nama pelik yang diberikan oleh Freddy.
Magic Staff pun dah kembali bersambung dan berfungsi dengan elok, Hespera dan Kalypso sekali lagi turun ke bumi bersama dengan adik mereka iaitu Anthea.
Banyak perkara yang berlaku sepanjang filem ini, dengan aksi yang menyeronokkan, lawak-lawak bodoh yang membuatkan satu panggung terketawa dan banyak lagi. Saya boleh katakan yang “build up” filem ini agak slow kerana mereka masih tidak tahu siapa yang mereka lawan dan apa kuasa yang mereka ada.
Ada satu adegan ini, di dalam perpustakaan Rock of Eternity, mereka semua baru tahu apa maksud Shazam! yang digunakan selama ini dan di situlah juga mereka belajar tentang Daughter of Atlas. Adegan ini boleh dikatakan hampir sama seperti di dalam filem Harry Potter kerana buku-buku tersebut boleh terbang dan banyak lagi benda magic yang ada ditunjukkan.
Watak
Untuk bahagian watak, semua pelakon memberikan prestasi yang memuaskan dan saya sebenarnya agak kagum dengan lakonan yang dilakonkan oleh 3 orang villain iaitu Helen Mirren sebagai Hespera, Lucy Liu sebagai Kalypso dan Rachel Zegler sebagai Anthea.
Mereka bertiga dapat memberikan impak yang sangat serius ke dalam filem ini. Walaupun mereka bertiga adalah Daughter of Atlas, mereka ternyata masih mempunyai hati yang bersih kecuali Kalypso. Dia mempunyai hati yang jahat dengan misinya untuk membalas dendam kepada bumi atas kehilangan bapanya Atlas.
Tidak terkecuali pelakon utama Zachary Levi yang berlakon sebagai Shazam, saya boleh katakan yang lakonan yang ditunjukkan sangat menjadi dengan kelakuan seperti budak remaja dengan lawak-lawak budak. Walaupun dia mempunyai badan seperti orang dewasa, dia masih budak remaja yang masih tidak cukup bijak untuk mengurus perkara besar.
Jadi, filem ini sangat memfokuskan kepada Billy Batson yang sedang mencuba untuk mencari jalan untuk menyelesaikan isu keluarga mereka dan mencari “The Wisdom of Solomon” demi mengalahkan 3 villain yang jahat.
CGI
Bagi saya, filem ini hampir sempurna dengan semua kesan efek yang cuba ditampilkan kerana saya sendiri rasa kagum semasa menontonnya. Seperti yang ditunjukkan di dalam trailer, naga tersebut nampak sangat real dan ada terasa “goosebump” sedikit semasa di dalam panggung wayang.
Terdapat beberapa adegan yang kelihatan tidak menjadi atau mungkin tidak kemas efeknya membuatkan saya rasa kecewa sedikit mengenai filem ini.
Kesimpulan
Untuk filem Shazam Fury of the Gods, saya sebenarnya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk mengatakan yang filem ini adalah baik. Tetapi selepas melihatnya, saya boleh katakan yang filem ini adalah sekuel yang berbaloi untuk ditonton tetapi masih tidak mencapai tahap “game changing” untuk DCU.
Seperti yang saya katakan, “build up” filem ini agak perlahan tetapi aksi yang ditunjukkan adalah sangat menonjol dan sangat menarik untuk ditonton. Lagi-lagi perlawanan akhir diantara Shazam bersama Kalypso. (Oops) Filem ini juga menampilkan beberapa cameo yang dinantikan ramai peminat dan sangat kagum melihatnya .
Apapun, saya sangat mengesyorkan anda untuk menonton filem Shazam Fury of the Gods kerana ia sangat berbaloi bukan sahaja untuk peminat DC malah sesiapa sahaja boleh menontonnya. Shazam! Fury of the Gods kini di pawagam berdekatan anda.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
The Review
Shazam! Fury of the Gods
PROS
- Aksi dan lawak yang bagus
CONS
- Build up filem agak perlahan
Discussion about this post