Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shaman King Flowers Bakal Tayang Pada Januari 2024, Visual & Teaser Baru Didedahkan!

Maira by Maira
March 16, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Shaman King Flowers Bakal Tayang Pada Januari 2024, Visual & Teaser Baru Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan selepas tayangan anime Shaman King reboot, sekuel siri tersebut telah mendedahkan maklumat baru. Melalui Twitter rasmi, Shaman King Flowers akan ditayangkan pada Januari 2024. Teaser terbaru turut didedahkan!

🔥━━━━━━
SHAMAN KING FLOWERS
24年1月からテレビ東京ほかにて
TVアニメ放送決定
━━━━━━🔥

墓石に座る麻倉 花を中心とした
ティザービジュアル公開💥

次世代シャーマンの新たな物語、開幕‼️#SHAMANKING #FLOWERShttps://t.co/t0zsXaTlfs pic.twitter.com/DSfYLJ8TBw

— 『SHAMAN KING FLOWERS』TVアニメ公式|Blu-ray BOX 4/24発売 (@SHAMANKING_PR) March 15, 2023

Sekuel tersebut akan menceritakan pengembaraan Hana, anak kepada Asakura Yoh dan Anna. Untuk pengetahuan anda, manga Shaman King mempunyai dua siri yang memaparkan Hana iaitu Shaman King: Flowers dan Shaman King: The Super Star. Melihat daripada teaser baru tersebut, ada kemungkinan besar siri anime ini akan mengadaptasi kedua-dua manga tersebut.

Beberapa visual watak telah pun didedahkan termasuklah Hana dan Amidamaru. Anda boleh melihat dibawah.

  • Hana Asakura (Yoko Hikasa)
  • Amidamaru (Katsuyuki Konishi)
  • Alumi Niumbirch (Sumire Uesaka)
  • Yohane Asakura (Shun Horie)
  • Gakko Ibuki (Michiko Kaiden)
  • Tao Men (Romi Park)

Berikut adalah sinopsis untuk Shaman King Flowers:

Hana telah membesar menjadi seorang yang pemalas dan ganas. Dia langsung tidak kisah tentang pelajarannya, sering ponteng kelas, terlibat dalam pergaduhan kumpulan dan berasa sangat bosan dengan kehidupan sehariannya. Semua itu berubah apabila ahli keluarga Asakura — Yohane dan Luca — tiba untuk mencabar dan membunuh Hana dan bapanya Yoh dan menggantikan tempat mereka sebagai ketua keluarga. Hana mula belajar tentang “Flower of Maize”, yang merupakan pertempuran antara Asakura Hao dan Shaman King terdahulu.

Sementara menunggu siri baru ini keluar, anda yang masih belum layan anime Shaman King, bolehlah tontonnya sekarang di Netflix. Untuk membaca liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Shaman KingShaman King Flowers
Previous Post

[Review] Shazam! Fury of the Gods – Sebuah filem sekuel yang cukup berbaloi!

Next Post

Adaptasi anime Ishura bakal ditayangkan di seluruh dunia melalui Disney+!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Adaptasi anime Ishura bakal ditayangkan di seluruh dunia melalui Disney+!

Adaptasi anime Ishura bakal ditayangkan di seluruh dunia melalui Disney+!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd