Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Setelah 5 tahun, COD nampaknya akan kembali ke Steam dengan Modern Warfare 2!

Maira by Maira
June 3, 2022
in Artikel, Berita, Game, Shooter
0 0
0
Setelah 5 tahun, COD nampaknya akan kembali ke Steam dengan Modern Warfare 2!
Share on FacebookShare on Twitter

Game COD sudah lama tidak dilepaskan di platform Steam sejak tahun 2017 dengan game terakhirnya, Call of Duty: WWII. Ini disebabkan oleh pelepasan game daripada Activision di launcher mereka tersendiri membuatkan game itu susah untuk dibeli daripada platform game PC lain. Tetapi berlainan pula dengan entri terbaru COD: Modern Warfare 2, kerana Steam seperti mengacah bahawa game tersebut akan kembali di platform tersebut melalui Twitter rasmi.

👀 https://t.co/U5nNKwzwZB

— Steam (@Steam) June 2, 2022

Apabila tweet mengenai trailer terbaru COD: Modern Warfare 2 dikeluarkan, Twitter rasmi Steam telah retweet semula dengan emoji mata. Sudah tentu ramai peminat yang menyangka bahawa game tersebut akan tersedia di Steam dan mula teruja mengenainya. Walaupun masih tiada pengumuman rasmi tentang perkara itu, nampaknya kita perlu tunggu pendedahan lanjut pada 9 Jun semasa livestream di Youtube nanti. Mungkin pada waktu itu kita akan didedahkan dengan gameplay dan juga pengumuman untuk platform tersedia. Apapun, anda boleh ke Youtube untuk set alarm untuk menontonnya.

https://www.youtube.com/watch?v=Xd9QeRguvDA

Untuk anda yang tidak tahu, Call of Duty: Modern Warfare 2 dikeluarkan pada 28 Oktober, para gamer dapat mengalami dunia perang baru dengan ‘Task Force 141’. Anda yang pernah bermain reboot Modern Warfare pada tahun 2019 atau trilogi original Call of Duty: Modern Warfare pasti akan kenal ahli-ahli daripada pasukan ini, yang dahulu memainkan peranan penting dalam game sebelum.

Di bahagian ketua ialah Captain John Price, yang bakal ditemani oleh Simon “Ghost” Riley, John “Soap” MacTavish, Kyle “Gaz” Garrick, dan orang baru Colonel Alejandro Vargas, seorang anggota Special Forces dari Mexico. Seperti biasa, watak-watak ini akan memainkan peranan penting dalam kempen Call of Duty: Modern Warfare 2 dan kemungkinan besar watak dapat dimainkan dalam mode multiplayer, walaupun ciri itu belum disahkan buat masa ini.

Buat sementara waktu ini, kita hanya perlu bersabar sehingga pendedahan rasmi pada 9 Jun. Apa yang anda harapkan untuk lihat semasa livestream nanti? Boleh kongsikan di ruangan komen. Untuk segala liputan kami tentang Call of Duty, sila tekan pautan ini.

Call of Duty: Modern Warfare 2
Publisher: Activision
Developer: Infinity Ward
Announce Date: 2022-05-25
Apabila Call of Duty: Modern Warfare 2 dikeluarkan pada 28 Oktober, para gamer dapat mengalami dunia perang baru dengan 'Task Force 141' bersama Captain John Price, yang bakal ditemani oleh Simon "Ghost" Riley, John "Soap" MacTavish, Kyle "Gaz" Garrick, dan orang baru Colonel Alejandro Vargas.
Tags: Call Of DutyCOD Modern Warfare 2
Previous Post

Rollerdrome – Game skater-shooter dilancarkan pada 16 Ogos di PS4, PS5 dan PC!

Next Post

MSI x TMT Roadshow akan berlangsung di Mid Valley pada 6 – 12 Jun 2022! Promosi juga ada!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
MSI x TMT Roadshow akan berlangsung di Mid Valley pada 6 – 12 Jun 2022! Promosi juga ada!

MSI x TMT Roadshow akan berlangsung di Mid Valley pada 6 - 12 Jun 2022! Promosi juga ada!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd