Overwatch 2 baru sahaja dilancarkan pagi tadi. Namun, terdapat satu masalah yang terjadi di mana server Overwatch 2 telah diserang “Distributed Denial of Service (DDoS)” oleh ramai pemain.
Pasukan sedang bekerja keras dalam isu server dengan Overwatch 2. Kami berasa rendah diri dengan keterujaan pemain dan akan terus memberi tumpuan kepada isu dan menarik pemain ke dalam keseronokan! Terima kasih atas kesabaran anda.
Malangnya kami mengalami serangan DDoS besar-besaran pada server kami. Pasukan bekerja keras untuk mengurangkan/mengurus. Ini menyebabkan banyak masalah terputus/sambungan.
Menurut presiden Blizzard Mike Ybarra
Jika buka di Battle.net, mereka telah menyatakan yang mereka mempunyai masalah dan sedang diperbaiki. “Kami sedar bahawa sesetengah pemain menghadapi mesej ralat server yang tidak dijangka semasa cuba log masuk. Ini sedang diusahakan secara aktif. Terima kasih atas kesabaran anda.”
Buat masa sekarang, server telah pun diperbaiki dan boleh dimainkan. Namun, sebelum anda masuk ke dalam game, anda akan beratur menunggu giliran dengan pemain-pemain lain. Semasa artikel ini ditulis, daripada 300 hingga “connecting to server”, saya telah menunggu selama 5 minit. Tetapi, saya masih tidak dapat masuk ke dalam game dan terpaksa menunggu seramai 40,000 pemain lain pula.
Saya tidak pasti sama ada ini adalah bug ataupun cara mereka untuk mengendali server mereka daripada diserang kembali oleh DDoS tadi.
Kalau korang nak tahu, Overwatch 2 boleh dimainkan secara percuma dan telah pun dilancarkan hari ini di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui Battle.net.
Kepada pemain baharu yang ingin mencuba hero-hero lama, anda kena bermain 100 game terlebih dahulu dan banyak lagi ciri-ciri lain tidak dibuka untuk anda disebabkan sistem baru yang dipanggil “First Time User Experience (FTUE)”.
Sistem ini mempunyai 2 fasa di mana mereka akan membuka semua game mode dan “chat in-game” sebagai fasa pertama. Manakala fasa kedua pula, mereka memerlukan pemain baharu untuk bermain sehingga 100 perlawanan bagi membuka kesemua hero original.
Jika sebelum ini pemain baharu dapat memasuki perlawanan “Competitive” dengan menggunakan level akaun, kini mereka telah mengubahnya dengan menyelesaikan cabaran tertentu. Jadi, untuk bermain perlawanan “Competitive”, anda perlu bermain 50 “Quick Match” terlebih dahulu.
Apapun, saya masih tidak dapat masuk ke dalam game dan mungkin saya ada sebilangan pemain yang tidak bernasib baik. Harapnya, Blizzard dapat menyelesaikan masalah DDoS Overwatch 2 dengan cepat. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post