Penerbit Bandai Namco dan developer Marvelous telah mengeluarkan demo game Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom di platform PS5, Switch dan PC sekarang.
Di dalam demo tersebut korang berpeluang untuk merasai pengalaman yang menarik seperti bercucuk tanam dengan pelbagai jenis tanaman, berkongsi jamuan dan berbual bersama rakan di bawah bumbung yang sama.
Dengan menggunakan gajet rahsia daripada Doraemon seperti Farm Restaurant dan Gro-Quik Powder membolehkan korang lakukan kerja ladang dengan sangat cekap dan menyeronokkan. Online two-player mode juga disediakan untuk versi demo kali ini supaya bertambah keseronokkan korang bermain bersama kawan-kawan ataupun ahli keluarga.
Bonus content juga telah disediakan dan untuk korang yang mencuba versi demo akan layak untuk mendapat “Start-Up Set” apabila korang bermain versi penuh game ini.
“Start-Up Set” tersebut mengandungi:
- Soft Wood (x20)
- Normal Wood (x20)
- Hard Wood (x20)
- Building Stone (x20)
Bonus boleh digunakan apabila tutorial Spring Day 4 di Bulletin Board dan To-Do list diselesaikan.
Untuk pengetahuan korang, save data daripada versi demo tidak boleh dipindah ke versi penuh. Ini bermaksud data yang korang simpan di versi demo tidak akan ada apabila korang beli versi penuh nanti.
Berikut adalah trailer versi demo yang dikeluarkan melalui Youtube rasmi Bandai Namco Entertainment Southeast Asia:
Ini adalah serba sedikit tentang Doraemon Story of Season: Friends of the Great Kingdom:
Doraemon, Nobita dan rakan-rakan mereka telah tiba di planet yang tidak diketahui dan membuat keputusan untuk membantu rakan baru mereka memenuhi impiannya dengan bertani, membajak tanah, menuai tanaman dan menjaga haiwan.
Anda juga boleh menggunakan gajet rahsia Doraemon untuk bercuck tanam dalam sekelip mata! Santai bersama rakan-rakan anda, makan makanan yang lazat dan memancing. Anda juga boleh membina ladang bersama rakan anda!
Korang boleh dapatkan Doraemon Story of Season: Friends of the Great Kingdom pada 2 November di PS5, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.
Jika korang berminat dengan berita tentang Doraemon, boleh klik pautan ini. Ikuti Gamer Santai untuk pelbagai berita tentang game, anime dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post