Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Server Elden Ring akan ditutup sementara untuk membetulkan fungsi multiplayer

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 1, 2022
in Action, Artikel, Berita, Open World, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Server Elden Ring akan ditutup sementara untuk membetulkan fungsi multiplayer
Share on FacebookShare on Twitter

FromSoftware memberi amaran kepada pemain bahawa server Elden Ring akan dimatikan esok pada masa tertentu “untuk membantu membetulkan beberapa fungsi multiplayer.” Ramai pemain Elden Ring sedang melaporkan masalah dengan fungsi multiplayer, terutamanya apabila bermain dengan rakan dalam mode co-op. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengadu tentang masalah prestasi di platform PC.

Servers for #ELDENRING will undergo maintenance in the next few days to help improve some multiplayer functions.

Times and maintenance length for each platform will be listed in the following thread.

Thank you in advance for your kind understanding.

— ELDEN RING (@ELDENRING) February 28, 2022

Kedua-dua Bandai Namco dan FromSoftware telah memaklumkan bahawa Elden Ring akan menerima penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk prestasi berkaitan mode single player dan multiplayer. Mudah-mudahan pembaikan pada server akan membolehkan orang ramai untuk menikmati game open world pertama dalam genre “Soulsborne”.

Memandangkan server akan dimatikan buat sementara, komponen multiplayer Elden Ring seperti co-op, PvP dan mesej akan dilumpuhkan. Walau bagaimanapun, korang masih boleh bermain game ini dalam mode offline. Waktu dan tempoh pemberhentian server untuk setiap platform adalah seperti berikut:

  • Steam
    • 12.00pm-1.00pm
  • PlayStation
    • 10.00am-11.00am
  • Xbox
    • 11.00am-12.00pm

Elden Ring juga menghadapi masalah pada Steam Deck yang dikeluarkan baru-baru ini. Walaupun isu prestasi PC sebahagian besarnya boleh dikurangkan dengan hardware yang cukup canggih, spesifikasi Deck -yang lebih “lemah”- mengakibatkan pelbagai isu teknikal ketara seperti “image stutter” dan framerate drop” di Elden Ring. Valve menjelaskan bahawa sejumlah pengoptimuman akan datang ke Steam Deck pada minggu hadapan, yang sepatutnya menyelesaikan kebanyakan isu yang dinyatakan.

With this guidance in mind, undertake a new journey with us, Tarnished.

Pre-Order #ELDENRING: https://t.co/PTkxSAMqvh pic.twitter.com/DKJ0yWCqiq

— ELDEN RING (@ELDENRING) February 24, 2022

Buat masa sekarang, Elden Ring merupakan game paling hangat di pasaran. Selain daripada menjadi entri terbaru dalam genre Soulsborne -yang terkenal dengan tahap kesukarannya yang tinggi-, ia menerapkan gameplay yang lebih mudah dan fleksibel. Memang sesuai untuk siapa-siapa yang takut untuk mencuba Dark Souls, Demon Souls, Bloodborne dan sebagainya.

Untuk baca review penuh saya tentang Elden Ring, sila tekan SINI.

Tags: Elden Ringmultiplayer
Previous Post

Filem anime Bubble oleh Netflix akan ditayangkan pada 28 April 2022

Next Post

Acer mendahului pasaran Chromebook global pada Q4 2021

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Acer mendahului pasaran Chromebook global pada Q4 2021

Acer mendahului pasaran Chromebook global pada Q4 2021

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd