Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer mendahului pasaran Chromebook global pada Q4 2021

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 1, 2022
in Artikel, Berita, Laptop, Teknologi
0 0
0
Acer mendahului pasaran Chromebook global pada Q4 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun penghantaran Chromebook global semakin menurun disebabkan kekurangan komponen, statistik terkini oleh International Data Corp (IDC) menunjukkan bahawa Acer berada di puncak pasaran Chromebook global dengan penghantaran sebanyak 1.3 juta dan 26.3% bahagian pasaran pada Q4 21.

Di Malaysia, Acer ialah syarikat PC teratas menurut “IDC Quarterly Personal Computing Devices Tracker Q4 21”. Acer juga menerajui bahagian pasaran Chromebook tempatan, sebuah kedudukan yang dipegangnya sejak 2017. Pada 2021, hasil Chromebook Acer Malaysia meningkat 1994% pada Q3 2021 berbanding suku yang sama pada 2020, dan berjaya membekalkan peranti kepada lebih 800 pusat pendidikan.

Acer Chromebook ialah peranti yang selamat, mudah digunakan dan berpatutan untuk produktiviti dan komunikasi. Banyak kandungan dapat disatukan dengan mudah merentas peranti berkat kepada OS Chrome. Bersama-sama dengan jangka hayat bateri yang panjang dalam casis yang ringan namun tahan lama, Chromebook ialah peranti yang sesuai untuk kegunaan bersama.

Chan Weng Hong selaku Pengurus Besar Jualan, Produk dan Pemasaran di Acer Malaysia berkata:

“Pemahaman tentang cadangan nilai Chromebook semakin meningkat dan Acer Malaysia komited untuk terus menggalakkan dan memberikan panduan tentang penggunaannya, terutamanya dalam sektor pendidikan. Dengan pertumbuhannya, kami boleh membantu memecahkan halangan antara teknologi dan manusia.”

Beliau bertambah:

“Kesedaran tentang kemampanan telah dipertingkatkan dalam kalangan korporat dan komuniti baru-baru ini. Di Acer, pasukan penyelidikan dan reka bentuk kami menumpukan pada meningkatkan kekuatan dan kebolehpercayaan plastik kitar semula (PCR) selepas pengguna. Mulai 2019, Acer mula menggunakan plastik kitar semula pasca pengguna (PCR) dalam produk kami seperti TravelMate dan Chromebook 311 (C733) untuk membolehkan pengguna membantu kami dalam menyokong penggunaan bahan terpakai atau kitar semula. Pada 2020, Acer menghantar lebih 8.8 juta peranti dengan plastik PCR ke seluruh dunia.”

Selain pasaran global, Acer menawarkan pelbagai Chromebook di Malaysia, daripada Acer Chromebook 311 kepada siri Acer Chromebook Spin yang boleh bertukar bentuk. Harga bermula dari RM1,349 yang sangat berpatutan dan boleh didapati di kedai dalam talian rasmi Acer.

Tags: AcerChromebook
Previous Post

Server Elden Ring akan ditutup sementara untuk membetulkan fungsi multiplayer

Next Post

Selepas 3 tahun, Tokyo Game Show 2022 akan diadakan sebagai acara fizikal

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Selepas 3 tahun, Tokyo Game Show 2022 akan diadakan sebagai acara fizikal

Selepas 3 tahun, Tokyo Game Show 2022 akan diadakan sebagai acara fizikal

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd