“Gaming scene” di Malaysia adalah salah satu yang paling aktif di Asia Tenggara, dengan 20.1 juta pemain menurut Newzoo. Di sini, Acer Malaysia terus menyokong pertumbuhan komuniti tempatan. Untuk pemain kasual, Acer Malaysia telah merancang After 5 Gaming League yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2018. Platform ini sekali lagi terbuka untuk eksekutif dan profesional daripada korporat dan PKS untuk mengumpulkan rakan-rakan untuk bersaing demi prizepool berjumlah RM76,000.
Pasukan boleh dibentuk oleh mana-mana eksekutif atau syarikat di mana pendaftaran adalah percuma dan dibuka sekarang sehingga 10 November 2020. Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pemain kerana COVID-19, After 5 Gaming League adalah kejohanan dalam talian sepenuhnya yang membolehkan pemain mengambil bahagian daripada keselesaan rumah atau pejabat.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif Acer Malaysia, After 5 Gaming League memasuki sesi ketiga tahun ini dengan empat kejohanan permainan dan prizepool berjumlah RM76,000. Prizepool untuk DOTA 2 dan Valorant masing-masing bernilai RM28,000, termasuk lima Predator x OSIM Gaming Massage Chair yang bernilai RM 4,899 setiap satu untuk pasukan juara. Selain itu, prizepool untuk PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang masing-masing bernilai RM10,000, termasuk lima unit Predator Gaming chair untuk pasukan juara.
Kejohanan dimulakan dengan Valorant pada 13 dan 14 November (Jumaat – Sabtu) selepas 5PM. Perlawanan akan diteruskan dengan Mobile Legends: Bang Bang pada 20 dan 21 November 2020 (Jumaat – Sabtu), dan diikuti oleh DOTA 2 pada 27 dan 28 November 2020 (Jumaat – Sabtu). Liga ini berakhir dengan PUBG Mobile pada 3 hingga 5 Disember 2020 (Khamis – Sabtu).
Jadual After 5 Gaming League
- 13 – 14 November 2020 (Jumaat – Sabtu) Valorant
- 20 – 21 November 2020 (Jumaat – Sabtu) Mobile Legends: Bang Bang
- 27 – 28 November 2020 (Jumaat – Sabtu) DOTA 2
- 3 – 5 Disember 2020 (Khamis – Sabtu) PUBG Mobile
Bagi peminat yang mengikuti siaran langsung, Predator Malaysia juga telah menyediakan aktiviti dan merchandise Predator dengan hadiah utama Predator x OSIM Gaming Massage Chair. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penyertaan aktiviti dan After 5 Gaming League, sila lawat halaman FB mereka.
Promosi produk gaming Lazada
Bersempena dengan After 5 Gaming League, Predator Malaysia dan rakan-rakan menawarkan diskaun sehingga RM300 untuk produk gaming terpilih pada hujung minggu. Dalam kuantiti terhad, produk terpilih termasuk komputer riba gaming Acer Nitro 5, Predator Triton 300, desktop gaming Acer Nitro 50 dan Predator Orion 3000, aksesori gaming dan Predator Mask yang sangat popular.
*Promosi tersedia pada 14, 15, 21, 22, 28, 29 November 2020 dan 5 Disember 2020*
Pada masa yang sama, Acer Malaysia juga memperkenalkan kerusi gaming ergonomik Predator baru yang dilengkapi dengan armrest 4D. Dengan harga runcit pada RM1,299, kerusi gaming Predator akan tersedia dengan harga promosi khas RM899 dari 14 November 2020 hingga 5 Disember 2020 (selepas 5 Gaming League). Di samping itu, terdapat baucar bernilai RM50 untuk pengguna menikmati potongan diskaun selanjutnya. Tekan sini untuk pautan kedai yang disahkan Acer.
Predator x OSIM Gaming Massage Chair
Kerusi urut gaming pertama di dunia – Predator X OSIM Gaming Massage Chair – akhirnya tiba di Malaysia. Direka untuk memberikan pengalaman gaming yang lebih baik, kerusi ini membolehkan para gamer untuk melegakan sakit leher, bahu, dan lumbar sambil memberi tenaga kembali pada seluruh badan.
Berkat teknologi V-Hand ™, Predator x OSIM Gaming Massage Chair dilengkapi dengan roller urut 360◦ untuk mengurut leher dan bahu dengan tiga mod program automatik untuk membantu pemain kembali bertenaga sebelum menakluk dunia baru.
Dengan pilihan warna biru dan hitam, Predator x OSIM Gaming Massage Chair berharga RM4,899. Kini OSIM Malaysia menawarkan promosi khas dari 19 Oktober hingga 30 November 2020 dengan baucar tunai tambahan RM100. Kunjungi mana-mana cawangan OSIM atau laman web untuk maklumat lebih lanjut.
@gamersantaimy
Discussion about this post