Siapa yang sukakan manga dan anime disini? Pasti apa yang akan kami kongsikan hari ini sering didengari kroang punya lah! Tapi, sebenarnya adakah korang semua tahu apa maksud ayat-ayat yang selalu didengari dalam anime tu? Atau sememangnya korang dah memang kaji awal-awal? Tak pe kalau dah tahu korang boleh kongsikan kepada kawan-kawan korang yang baru dalam dunia anime okay!
Jadi tanpa lengahkan masa lagi, ini dia ayat-ayat yang sering didengari dalam manga/ anime!
Ohayo – Arigatou gozaimasu
Okay, yang pertama dalam senarai, bukan setakat dalam anime je sering didengari, tetapi kedua ayat ini memang akan selalu didengari di Jepun! Ohayo (おはよう) sebenarnya adalah sebuah singkatan dari Ohayo Gozaimasu dan ianya bermaksud mengucapkan selamat pagi. Kemudian beralih pada Arigatou yang disingkatkan dariArigatou gozaimasu(ありがとうございます) dan ianya adalah ucapan ‘Terima Kasih’!
Senpai – Kouhai
Senpai dan Kouhai sering sekali didengari dalam anime yang bersituasi di sekolah. Tapi sebenarnya Senpai (せんぱい) ini bermaksud seseorang yang lebih tua dari anda atau pelajar yang lebih tua. Manakala Kouhai (こうはい) pula untuk yang lebih muda atau pelajar yang lebih muda.
Itadakimasu
Setiap kali adegan makan dalam anime, mesti akan terdengar ayat ni punyalah dalam anime! Itadakimasu (いただきます) seperti satu kebiasaan kepada orang Jepun untuk menyebutnya sebelum makan. Ianya bermaksud “Jom kita makan” atau ” Terima kasih untuk makaanan ini”.
Kawaii – Moe – Chibi
Okay ketiga-tiga ayat ini kesemuanya berkaitan dengan COMEL! Kawai (かわいい) bermaksud sesuatu/seseorang yang comel dari pandangan mata kita. Moe (萌え) lebih kepada perangai kecomelan keperibadian yang terdapat dalam watak terutama perempuan dan yang terakhir Chibi (ちび ) digunakan untuk menggambarkan sesuatu atau seseorang yang pendek dan gemuk, kenyataanya memang ketiga-tiga ini dalam anime adalah Comel!
Tsundere – Waifu
Tsundere (ツンデレ) merupakan seorang wanita yang mempunyai elemen romantik atau lembut tetapi lebih menunjukkan sikap jual mahal atau keras kepalanya. Ayat ni sebenarnya pecahan antara 4 ayat dari “dere” iaitu “tsundere”, “yandere” seorang yang terlebih romantik dan akan menjadi terlalu obses kepada pasangan, “kuudere” menunjukkan sifat ibarat tiada emosi dan sentiasa tenang kemudian baru menunjukkan kemanisanya dalam bercinta dan “dandere” ibarat ‘anti-social’ dan hanya mempercayai seseorang yang paling sesuai untuknya. Kemudian beralih pada Waifu (ワイフ) yang sebenarnya adalah isteri ibarat memanggil dengan nama samaran yang comel.
BAKA!
Baka (馬鹿) ni bermaksud macam “bodoh lah kau ni”. Tapi bedasarkan tonasi dari watak-watak anime. Ada yang menyebutnya dari segi manja dan tidak serius memanggil seseorang begitu, ada juga dalam tonasi kejam macam menunjukkan sangat kebodohan seseorang itu seperti nak bergaduh, selain tu kalau dalam tonasi macam ni ada juga yang sebut Bagero.
Otaku
Kat mana-mana saja ada je Otaku ni, tidak kiralah dalam anime atau dunia nyata. Otaku (おたく/オタク) senang cerita bermaksud ‘nerd/geek’ yang obses pada sesuatu atau dalam permikiran hanya suka apa yang dia sukai terutama dalam anime, manga atau game yang berkonsepkan kecomelan. Segelintir dari Otaku dianggap bahaya kerana ada diantara mereka ibarat ‘pervert’. Tapi tak semua, ada juga yang lebih kepada dunia anime/manga nya sendiri tanpa mahu diganggu orang lain.
Ganbatte!
Buat Yang Terbaik!!! Okay rasanya peminat mesti ramai dah tau maksud Ganbatte (頑張って) betul tak! Tidak kiralah apa jua anime, Ganbatte sentiasa digunakan oleh satu watak untuk memberi semangat kepada rakan atau kekasih mereka!
Suki
Pada sesiapa yang tengah hangat nak bercinta tu bolehlah guna ayat Suki (Su-Ki) (好き) kepada yang disukai. Ianya bermaksud ‘cinta’ atau pun selalu digunakan ayat Suki Da untuk menyatakan yang “saya sukakan awak“.
Naniiiii??!
Yang ni pun mesti ramai dah tahu kan? Terutama kalau kita dah sebut Baka, mesti akan terkeluar ayat Naniiii?! Nani (なに) adalah bermaksud ‘apa’? Bila tonansi dalam anime mesti macam terkejut tentang sesuatu yang terjdi dan terkeluarlah ayat Naniiii tu! Macam APA TELAH TERJADI NIIII?!
Maka sampai disini perkongsian kitorang kali ini. Terima kasih pada kamus bahasa Jepun yang membantu kami untuk terangkan kepada anda dan gambar-gambar dari anime-anime yang korang dah pernah tengok. Ayat apa lagi yang selalu dalam pemikiran korang tu? Jangan lupa untuk kongsikan dalam komen media sosial kami ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post