Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai PLOT TWIST hebat yang berlaku dalam sejarah anime!

Maira by Maira
April 1, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Senarai PLOT TWIST hebat yang berlaku dalam sejarah anime!
Share on FacebookShare on Twitter

Bosanlah kalau tengok anime yang boleh agak jalan ceritanya. Lebih-lebih lagi dengan pengakhiran yang boleh diteka sejak awal penceritaan. Kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda beberapa plot twist anime yang membuatkan ramai penontonnya terkejut. Tanpa membuang masa, jom kita tengok plot twist siri anime tersebut.

Erased – Pembunuh

Satoru yang mempunyai kebolehan yang dipanggil “Revival”, yang membolehkannya untuk undur masa dan mengelakkan kematian dahsyat. Apabila dia menggunakannya untuk menyelamatkan ibunya, Satoru telah kembali ke waktu dulu, di mana dia masih bersekolah. Waktu itu, ramai kanak-kanak telah menghilang. Dia telah menyiasat perkara disebalik kehilangan misteri ini dan mendapati bahawa seorang guru disekolahnya sebenarnya pembunuh yang dicari.

Attack on Titan – Protagonis ke Antagonis

Eren Jaeger, yang merupakan protagonis untuk siri Attack on Titan, berjanji untuk membunuh kesemua titan yang telah membunuh ibunya dan memusnahkan tempat tinggalnya. Rasanya ramai sudah agak bahawa Eren juga Titan sepanjang cerita tetapi ada perkara yang lebih mengejutkan. Antara kuasa Attack titan ialah melihat masa depan. Senang cerita, perkara yang berlaku sepanjang siri sehinggalah Rumbling semuanya dirancang oleh Eren sendiri. Dia juga telah menggunakan kuasa titannya untuk membawa Grisha dan Zeke sertai plan hebatnya untuk kebebasan manusia.

Future Diary – Plan Yuno

Plot Twist anime

Future Diary memang sebuah anime yang pelik dan memang mudah untuk anda tertarik dengan penceritaannya. Tetapi semasa arc terakhir, sebuah rahsia besar akhirnya terbongkar. Rupa-rupanya Yuno yang kita lihat daripada awal cerita sebenarnya datang dari masa depan. Dia telah kembali ke masa lalu kerana ingin meluangkan masa bersama Yukiteru yang disukainya. Tetapi untuk reset semula masa, Yuno perlu memastikan dirinya mati dalam game survival yang disertainya. Ramai juga penonton yang gemar mengenai plot twitst ini.

Code Geass – Lelouch hilang memori

Lelouch vi Britannia, protagonis untuk siri Code Geass, mempunyai kuasa Geass yang membolehkannya untuk membuat seseorang itu tunduk kepadanya apabila melihat tepat pada mata mereka. Semakin banyak Lelouch menggunakan kuasa itu, semakin sukar untuk dia mengawalnya. Bapanya, Charles vi Britannia, yang juga seorang pengguna Geass telah menghilangkan memori Lelouch yang berkaitan seperti, identitinya sebagai putera dan juga ketua rebel, Zero. Semua itu dilakukan semata-mata ingin mengawal Lelouch. Apabila anime itu hampir berakhir, identiti Lelouch dan kebenaran mengenai Geass telah mencuri perhatian Black Knight dan ini membuatkan pertarungan berubah arus. Rupa-rupanya selama ini Lelouch berlawan dengan organisasi yang dia sendiri tubuhkan untuk mencipta dunia yang baru.

Naruto – Sebab Itachi membunuh puak Uchiha

Plot Twist anime

Sepanjang siri Naruto, tentu ramai daripada kita memandang Itachi sebagai seseorang yang kejam sebelum mengetahui perkara sebenar yang menyebabkan peristiwa hitam yang berlaku. Pada awalnya, Sasuke telah berjanji untuk membalas dendam terhadap abangnya itu kerana dia percaya Itachi telah membunuh keseluruh puak Uchiha. Walaupun betul bahawa Itachi yang melakukannya, tetapi itu bukanlah pilihannya sendiri.

Semasa berumur 13 tahun, Itachi telah bertemu dengan Danzo, pegawai Konoha yang dahagakan kuasa, inginkan kuasa mata milik keluarga Uchiha untuk kepentingannya sendiri. Itachi boleh membunuh puaknya sendiri, menyelamatkan nyawa dirinya dan abangnya, atau bandar akan membunuh mereka semua. Dia telah diperintahkan untuk membunuh puak Uchiha, selamatkan dirinya sendiri dan Sasuke atau Konoha sendiri yang akan membunuh semua Uchiha. Itachi yang trauma dengan perang yang bertahun-tahun , merasakan bahawa membunuh keluarganya adalah satu-satunya cara untuk melindungi puaknya. Malang sekali, Sasuke tidak mengetahui mengenai perkara sebenar sehingga dia membalas dendan dan membunuh abangnya.

Bleach – Sousuke Aizen

Plot Twist anime

Selama ini ramai yang menyangka Sosuke Aizen ialah ahli setia Soul Society. Dia agak pelik, dan dia suka mengikut peraturan. Aizen juga terkenal sebagai seorang yang boleh dipercayai dan baik hati. Tetapi selama ini, itu semua topeng yang dipakai olehnya. Selepas dia telah dibunuh secara misteri, Ichigo dan rakan-rakannya dipersalahkan oleh Soul Society. Rupa-rupanya, Aizen telah memalsukan kematiannya sendiri untuk memusnahkan Soul Society dengan tujuan untuk melarikan diri darinya.

One Piece – Kematian Ace

Plot Twist anime

Bukan senang untuk kita lihat watak penting yang mati dalam siri One Piece. Lebih-lebih lagi sewaktu Ace ditangkap oleh World Government. Ramai penonton yang anggap Ace pasti akan diselamatkan oleh Luffy dan berakhir dengan gembira. Ace memang berjaya diselamatkan dan dibebaskan tetapi perkara buruk telah berlaku dan dia menggadaikan dirinya untuk menyelamatkan Luffy.

Kill la Kill – Dua adik beradik yang terpisah

Plot Twist anime

Protagonis kita, Matoi Ryuko ingin menjatuhkan presiden sekolahnya, Kiryuin Satsuki yang telah mengetuainya seperti seorang diktator. Walaupun pada mulanya kelihatan seperti dia patuh kepada ibunya, Ragyo, Satsuki juga mempunyai plannya tersendiri dengan sekolah itu. Sementara Ryuko Ketika Ryuko bersiap untuk mengalahkannya dalam pertempuran, pelbagai perkara dan rahsia terbongkar. Rupa-rupanya Ryuko dan Satsuki mempunyai matlamat yang sama. Lebih mengejutkan lagi apabila mereka berdua sebenarnya adik-beradik tetapi dipisahkan. Ryuko selama ini dijaga oleh ayah kandung mereka.

Evangelion – Rei sebenarnya klon

Ayanami Rei kelihatan seperti pelajar sekolah yang biasa dalam siri Evangelion. Dia juga memandu Eva sama seperti Shinji dan Asuka. Walaupun begitu, Rei bukanlah seperti yang dijangkakan. Dia sebenarnya salah satu daripada beribu klon yang dicipta oleh Ikari Genso dan Fuyutsuki Kozo. Sebenarnya, itu adalah percubaan mereka untuk menghidupkan kembali mak Shinji yang telah mati kerana eksperimen. Disebabkan Rei bukanlah sepenuhnya manusia, badannya mempunyai kecenderungan untuk rosak dan hilang, dan kebanyakan klonnya telah dimusnahkan. Walaupun begitu, Rei masih boleh mengalami emosi manusia dan berasa sakit.

Your Name – Mitsuha dan Taki daripada timeline berbeza

Plot Twist anime

Your Name membawa penonton dalam sebuah penceritaan mengenai percintaan sekolah menengah yang ringan dengan plot yang aneh. Kita mungkin terhibur dengan gelagat kedua-dua watak protagonis yang bertukar badan. Jika anda fikir eksiden meteor itu sudah cukup besar, sebenarnya ada fenomena lain yang lebih pelik berlaku. Selama ini, Mitsuha dan Taki sebenarnya dari timeline yang berbeza dan dipisahkan selama tiga tahun. Taki sebenarnya hidup di dunia tanpa Mitsuha akibat komet yang memusnahkan kampung halamannya. Jadi, setiap kali Taki bertukar badan, dia sebenarnya mengembara ke masa tiga tahun yang lalu. Tetapi jangan risau kerana mereka akan berjumpa kembali dan membawa penonton ke pengakhiran ikonik.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa ini. Mesti ada banyak lagi anime yang mempunyai plot twist yang anda tidak jangkakan? Cuba kongsikan kepada kami mengenainya di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.

Tags: animePlot twist
Previous Post

Interview Triangle Strategy – Penamat sebenar adalah “Serenoa Ending”

Next Post

Epic Games Store menawarkan Total War: Warhammer percuma!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Epic Games Store menawarkan Total War: Warhammer percuma!

Epic Games Store menawarkan Total War: Warhammer percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd